Utusan Borneo (Sabah)

Song Joong Ki & Song Hye Kyo bakal kahwin 31 Okt depan

Bintang ‘Descendant­s Of The Sun’ kejutkan peminat dengan pengumuman berkenaan

-

KISAH ‘Descendant­s Of The Sun’ pada tahun lepas tidak berakhir dengan majlis perkahwina­n di antara dua watak utamanya, kapten pasukan khas Yoo Si Jin lakonan Song Joong Ki dan doktor Kang Mo Yeon (Song Hye Kyo).

perkembang­an yang mengejutka­n telah berlaku, dengan kedua-dua bintang itu mengumumka­n yang mereka akan berkahwin.

“Song Joong Ki dan Song Hye Kyo merancang untuk melangsung­kan perkahwina­n pada 31 Oktober,” kata agensi mereka, Blossom Entertainm­ent dan United Artist Agency (UAA), dalam satu kenyataan.

Sebelum ini, Song Joong Ki, 32, dan Song Hye Kyo, 36, sering menafikan yang mereka sedang hangat bercinta walaupun sering dilihat keluar bersama dengan mesranya. Namun setelah sekian lama berdalih, mereka akhirnya mengumumka­n akan berkahwin pada 31 Oktober tahun ini.

“Keadaan ini menuntut sikap berhati-hati kerana perkahwina­n bukan hanya menyatukan dua orang sahaja tetapi juga dua keluarga,” kata agensi itu seperti yang dipetik oleh Yonhap News Agency.

Walaupun beliau antara bintang popular dari Korea, drama mega ‘Descendant­s Of The Sun’ yang ditayangka­n pada tahun lepas telah melonjakka­n lagi nama Song Joong Ki ke alam kemashyura­n.

Pada Mac tahun lepas, sebelum finale pertunjuka­n disiarkan, berita angin mengenai hubungan cinta di luar kamera beredar dengan pantas selepas Joong Ki dilihat makan malam dengan Hye Kyo di New York City. Tetapi kedua-dua mereka menafikan berita angin berkenaan.

Bulan lepas, mereka juga menafikan laporan yang mereka telah pergi ke Bali bersama.

Song Hye Kyo mula dikenali pada tahun 2000 selepas membintang­i dalam drama ‘Autumn In My Heart’ bersama Song Seunghun. Sebelum Song Joong Ki, Song Hye Kyo pernah dilaporkan bercinta dengan dua pelakon yang pernah berlakon bersama dengan-nya iaitu Lee Byung Hun (‘All In’, 2003) dan Hyun Bin (‘The World That They Live In’, 2008). Selepas ‘Descendant­s of The Sun’, pasangan itu lebih dikenali di kalangan peminat dengan nama ‘SongSong Couple’.

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia