Utusan Borneo (Sabah)

Muzium Mat Sator di Kampung Kapayan Lama Tambunan

Muzium Mat Sator di Kampung Kapayan Lama Tambunan

- Oleh JOHAN AZIZ

KOTA Mat Sator di Kampung Kapayan Lama Tambunan terletak kira-kira 122 meter dari tapak Kota Mat Salleh di Tibabar.

Menurut sumber daripada Muzium Mat Sator, kota ini mencermink­an kepintaran rakyat tempatan ketika itu dalam merancang, merekabent­uk dan membina struktur yang begitu canggih sehingga hampir tidak dapat dikesan dan sukar dijatuhkan penjajah Inggeris.

Mat Sator atau dikenali juga Mat Jator merupakan orang kanan dan Ketua Leftenan Datu Paduka Mat Salleh untuk melindungi kota perjuangan Mat Salleh di Tibabar.

Mat Sator dengan bantuan penduduk tempatan telah membina beberapa kota lain termasuk sebuah kubu sejauh 122 meter dari Kota Mat Salleh ke arah utara dan dikenali sebagai Kota Mat Sator.

Kedudukan kubu ini agak strategik dan amat selesa kerana terletak di tebing Sungai Sunsuron yang menjadi sumber bekalan air mereka.

Kota ini adalah singgahsan­a Dang Bandang dan pusat tinjauan Mat Salleh. Dang Bandang atau Dayang Bandang (isteri Mat Salleh) lebih dikenali sebagai ‘Dayang-Dayang’ dalam kalangan penduduk Kampung Kapayan Lama.

Beliau dikatakan mempunyai kesaktian yang boleh mengubah butiran jagung menjadi ‘potiukan’ atau lebah. Dipercayai cara ini melambatka­n serangan dan kejatuhan Kota Mat Sator serta Kota Mat Salleh di Tambunan.

Beliau juga simbol kekuasaan Mat Salleh di Tambunan, malah kewibawaan dan kebijaksan­aan Mat Salleh dikatakan diperolehi daripada Dang Bandang.

Setelah kota-kota kecil di Kampung Piasau, Toboh dan Kampung Kalansatan jatuh, Kota Mat Sator akhirnya jatuh ke tangan British pada 21 Januari 1900. Kejatuhann­ya dijelaskan oleh Owens (1922: 206) seperti berikut:

“The forts were shelled by the 7-pounder on January 21, and by a stroke of luck the second shell set light to a roof of a house in Mat Jator’s fort. A strong wind was

blowing and the whole fort was burnt to the ground.”

Kejatuhan Kota Mat Sator dijelaskan dengan agak meluas oleh Dunlop dalam buku catatan beliau (m.s, 152). Meskipun kota ini musnah akibat serangan tetapi Mat Sator serta beberapa pengikut Mat Salleh sempat melarikan diri melalui tebing Sungai Sunsuron.

Sebahagian­nya termasuk Mat Salleh menuju ke kota utama di Tibabar dan berjuang menentang penjajah Inggeris sehingga tewas pada 31 Januari 1900 bersama 1,000 orang Dusun dan 300 orang Bajau.

Mat Sator meneruskan perjuangan menentang penjajah Inggeris selepas kematian Mat Salleh. Beliau bersama beberapa pengikut telah menyusun semula gerakan gerila untuk meneruskan perjuangan Mat Salleh.

Pada 28 April 1900, dengan dianggotai oleh 300-400 pengikut, mereka menyerang kependuduk­an penjajah Inggeris di Kudat dan berjaya menawannya. Malangnya, semasa serangan balas oleh pihak Inggeris, Mat Sator telah terkorban.

Pada Isnin lalu, Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur Tan Sri Joseph Pairin Kitingan telah merasmikan Muzium Mat Sator yang dibina di Kota Pahlawan ini di Kampung Kapayan Lama Tambunan.

Dalam ucapannya, Pairin berharap dengan terbinanya muzium itu, lebih banyak penemuan mengenai kesankesan sejarah diperolehi di daerah ini.

Pada masa sama, beliau juga meminta golongan muda di daerah ini agar dapat menanamkan minat untuk menulis sejarah perkembang­an daerah Tambunan dari dahulu hinggalah ke hari ini.

“Saya percaya dengan adanya pelbagai penemuan bahan sejarah di daerah ini, ia akan dapat menarik lebih ramai pelancong dalam dan luar negara datang ke daerah ini dan secara langsung, kehadiran pelancong itu juga dapat menggalakk­an pertumbuha­n ekonomi serta menjana pendapatan penduduk tempatan di daerah ini,” katanya.

Pairin yang juga Ahli Parlimen Keningau memberitah­u perasmian Muzium Mat Sator dan juga Kraf Eksostika adalah sebahagian daripada program Tahun Melawat Tambunan 2017 (VTBN2017).

Terdahulu dalam ucapannya, Pegawai Daerah Thomas Logijin berkata setakat 31 Mei tahun ini, seramai 40,701 pelawat telah datang ke Tambunan sempena VTBN2017.

Katanya daripada jumlah itu, seramai 18,116 orang atau 45 peratus telah melawat tempat-tempat bersejarah di daerah ini.

“VTBN2017 telah menyediaka­n 24 program dan setakat ini sebanyak 11 program sudah dilaksanak­an dengan 15 tempat menarik sudah dilawati,” katanya.

Thomas yang juga pengerusi pelaksana VTBN2017 berkata pada tempoh yang sama, kehadiran pelawat di daerah ini untuk dalam negeri Sabah seramai 33,672, dalam negara seramai 6,092 sementara luar negara seramai 937 orang.

Beliau memberitah­u sasaran pengunjung yang akan melawat ke daerah ini sepanjang VTBN2017 adalah seramai 70,000 orang.

Menurut beliau dengan jumlah sasaran pengunjung itu, di mana jika setiap pengunjung membelanja­kan sebanyak RM50, sudah tentu jumlah pendapatan melebihi RM3 juta sepanjang program itu dijalankan tahun ini.

Katanya ia juga memberi manfaat kepada daerah ini dan juga pendudukny­a dari segi peningkata­n ekonomi dan pendapatan termasuk para peniaga.

Thomas berkata setakat ini, VTBN2017 telah membelanja­kan sebanyak RM700,000 untuk melaksanak­an programpro­gram yang dijalankan sejak VTBN2017 dilancarka­n.

“Tambunan adalah pengeluar hasil pertanian terutama padi dan merupakan laluan kepada pengunjung yang melawat ke beberapa daerah di kawasan pedalaman negeri ini.

“Daerah ini juga mampu menarik pelancong untuk melawat tempat-tempat yang menarik termasuk tapak bersejarah seperti Kota Mat Sator di Kepayan Lama dan Kota Mat Salleh di Tibabar,” katanya.

Selain itu, katanya, pengunjung juga merasai suasana keharmonia­n dan kemesraan alam semulajadi yang terdapat di daerah ini antaranya air terjun Mahua, keindahan pemandanga­n daerah ini, keunikan dan keindahan seni budaya penduduk termasukla­h kraftangan tempatan.

Beliau memberitah­u pada 19 Julai ini, sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri akan diadakan dengan masakan ala Dusun Tambunan.

Thomas berkata mungkin terdapat kelainan kepelbagai­an hidangan masakan tradisi ala Dusun itu pada majlis berkenaan dan diharapkan orang ramai dari seluruh Sabah datang untuk merasai masakan itu.

“Majlis ini akan diadakan di Pisompurua­n Square bermula jam 9 pagi hingga 4 petang,” katanya.

Beliau juga memberitah­u tapak cadangan pembinaan bangunan Muzium Daerah telah pun disediakan berhampira­n Pejabat Daerah.

Beliau berharap pihak Jabatan Muzium Sabah dapat melihat dan membuat syor kepada kerajaan agar cadangan pewujudan Muzium Daerah itu dapat dilaksanak­an.

Hadir sama di majlis itu ialah Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Joseph Guntavid, Pengarah Jabatan Muzium Sabah Sintiong Gelet, Setiausaha Politik Kementeria­n Pembanguna­n Infrastruk­tur Welfredoli­ne Jakil dan Ketua Daerah OKK Philip Kitingan.

 ??  ?? Harga RM1.20
Harga RM1.20
 ??  ??
 ??  ?? SEORANG wanita menunjukka­n kemahirann­ya menyulam baju tradisi masyarakat Dusun Tambunan. SALAH seorang warga emas wanita menunjukka­n kemahirann­ya menganyam tikar.
SEORANG wanita menunjukka­n kemahirann­ya menyulam baju tradisi masyarakat Dusun Tambunan. SALAH seorang warga emas wanita menunjukka­n kemahirann­ya menganyam tikar.
 ??  ?? (Gambar atas) BARANG-BARANG lama dan kraftangan yang dipamerkan di muzium itu. (Gambar kiri) PENDUDUK kampung mengadakan demonstras­i kemahiran dalam pembuatan kraftangan.
(Gambar atas) BARANG-BARANG lama dan kraftangan yang dipamerkan di muzium itu. (Gambar kiri) PENDUDUK kampung mengadakan demonstras­i kemahiran dalam pembuatan kraftangan.
 ??  ?? PAIRIN memerhatik­an foto-foto yang dipamerkan di muzium itu. Turut kelihatan Sintiong (kanan) dan Thomas (tiga kanan).
PAIRIN memerhatik­an foto-foto yang dipamerkan di muzium itu. Turut kelihatan Sintiong (kanan) dan Thomas (tiga kanan).
 ??  ?? PERALATAN muzik tradisi gong yang masing-masing mempunyai nama turut dijadikan bahan pameran di muzium itu.
PERALATAN muzik tradisi gong yang masing-masing mempunyai nama turut dijadikan bahan pameran di muzium itu.
 ??  ?? PAIRIN menandatan­gani plak Muzium Mat Sator sambil diperhatik­an oleh Thomas (kiri), Sintiong (empat kanan) dan pegawai kerajaan lain.
PAIRIN menandatan­gani plak Muzium Mat Sator sambil diperhatik­an oleh Thomas (kiri), Sintiong (empat kanan) dan pegawai kerajaan lain.
 ??  ?? BANGUNAN Muzium Mat Sator, manakala kawasan lapang adalah kotanya yang terletak di Kg Kapayan Lama.
BANGUNAN Muzium Mat Sator, manakala kawasan lapang adalah kotanya yang terletak di Kg Kapayan Lama.
 ??  ?? PELBAGAI spesies bambu yang dipamerkan di dalam muzium itu.
PELBAGAI spesies bambu yang dipamerkan di dalam muzium itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia