Utusan Borneo (Sabah)

Mengamuk di tempat awam dan guna dadah, lelaki dipenjara dan denda

Mengamuk di tempat awam dan guna dadah

-

Tertuduh mengamuk sambil memegang sebilah parang, pada 28 Jun lalu jam 12.40 pagi, di belakang blok B, Warisan Inanam, di sini.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dikenakan denda sebanyak RM25 dan penjara 14 hari, oleh Mahkamah Majistret di sini kelmarin, atas kesalahan mengamuk di tempat awam. Penolong Pendaftar Kanan

Mohamad Alizat Abd Rahim menjatuhka­n hukuman itu terhadap Mohamad Abu Norizal, selepas mengaku bersalah mengikut Seksyen 15 Ordinan KesalahanK­esalahan Kecil Negeri Sabah.

Hukuman yang diperuntuk­kan, denda maksimum RM25 atau dengan penjara 14 hari.

Tertuduh mengamuk sambil memegang sebilah parang, pada 28 Jun lalu jam 12.40 pagi, di belakang blok B, Warisan Inanam, di sini.

Dalam pada itu, tertuduh juga didenda RM2,000 atau penjara enam bulan atas kesalahan menggunaka­n syabu.

Atas kesalahan itu, Mohamad Abu disabitkan mengikut Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh didenda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun, atau kedua-duanya.

Berdasarka­n fakta kes, pada hari sama satu laporan tangkapan dibuat pengadu kerana tertuduh memiliki parang.

Hasil siasatan, semasa pengadu membuat rondaan, beliau melihat tertuduh menunggang motosikal dengan cara berbahaya.

Semasa pengadu cuba menangkap tertuduh, tertuduh melarikan diri dan berlaku kejar-mengejar di antara mereka.

Akhirnya, tertuduh yang berputus asa menyerah diri kepada pengadu.

Semasa rayuan, Mohamad Abu yang tidak diwakili peguam memohon hukumannya diringanka­n.

“Saya tiada ayah, hanya ibu dan adik saja. Semasa itu, saya mabuk,” katanya. Mahkamah memerintah­kan tertuduh menjalani kedua-dua hukuman itu secara berasingan.

 ??  ?? Oleh CLARICE USOP
Oleh CLARICE USOP
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia