Utusan Borneo (Sabah)

Belum ada kes buli guru di Sabah

Pengarah JPNS yakin murid di Sabah patuh peraturan

- Oleh NOORASVILL­A MUHAMMA

SANDAKAN: Jabatan Pendidikan Negeri Sabah (JPNS) belum ada menerima sebarang laporan berhubung kejadian buli melibatkan guru di Sabah setakat ini, kata Pengarahny­a Datuk Hajah Maimunah Suhaibul.

“Kecuali kalau ada guru dibuli tetapi tidak buat laporan, itu kita tidak tahu. Tetapi, saya percaya muridmurid di negeri ini adalah berdisplin dan patuh pada peraturan.

“Sekiranya ada berlaku sikit-sikit, itu biasalah budakbudak nakal. Tetapi bagi kami guru-guru, itu adalah satu proses pengajaran dan pembelajar­an di sekolah,” katanya ketika diminta mengulas mengenai isu guru dibuli yang dilaporkan berlaku, baru-baru ini.

Terdahulu, Maimunah telah menyempurn­akan Majlis Pelancaran Pelan Strategik Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sandakan di Dewan Ibnu Sina di sekolah itu. Turut diadakan, acara pengesahan e-Jurnal Pendidikan SMK Sandakan, e-RPH dan Kebitaraan Silat SMK Sandakan.

Beliau berkata e-RPH (Rancangan Pengajaran Harian) merupakan satu inisiatif yang baik dan telah dilancarka­n di peringkat negeri.

Menerusi inisiatif itu, katanya, semua sekolah diminta untuk menyediaka­n buku rekod pengajaran dalam bentuk maya. Ia secara tidak langsung dapat menjimatka­n penggunaan buku dan kertas.

“Kalau dahulu, guru-guru menggunaka­n buku rekod pengajaran di mana mereka perlu mengang-katkannya ke sama ke mari dan ditulis dengan tangan.

“Tetapi sekarang hampir semua sekolah telah menggunaka­n e-RPH dan di Sandakan juga semua sekolah telah mengaplika­sikan inisiatif ini. Kita menggalakk­an penggunaan kaedah sebegini yang memanfaatk­an teknologi terkini.

“Ini juga akan membantu anak-anak kita dalam pengajaran dan pembelajar­an abad 21 yang menitikber­atkan 4C iaitu pemikiran Kreatif dan Kritikal serta Kolaborasi dan Komunikasi.

Hadir sama, Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan Sh Mahada Sh Attar dan Pengetua SMK Sandakan Yap Kok Yam.

Sekiranya ada berlaku sikit-sikit, itu biasalah budak-budak nakal. Tetapi bagi kami guru-guru, itu adalah satu proses pengajara“n dan pembelajar­an di sekolah. DATUK HAJAH MAIMUNAH SUHAIBU Jabatan Pendidikan Negeri Sabah

 ??  ?? MAIMUNAH (tiga kiri) ketika melancarka­n Perancanga­n Strategik 2017-2021 di SMK Sandakan.
(Kanan) MAIMUNAH bersama warga SMK Sandakan selepas Majlis Pelancaran Perancanga­n Strategik 2017-2021.
MAIMUNAH (tiga kiri) ketika melancarka­n Perancanga­n Strategik 2017-2021 di SMK Sandakan. (Kanan) MAIMUNAH bersama warga SMK Sandakan selepas Majlis Pelancaran Perancanga­n Strategik 2017-2021.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia