Utusan Borneo (Sabah)

Raymond terima kunjungan pengarah baharu MITI Sabah

-

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembanguna­n Perindustr­ian Datuk Seri Panglima Raymond Tan Shu Kiah telah menerima kunjungan hormat pengarah baru Kementeria­n Perdaganga­n Antarabang­sa dan Industri (MITI) Cawangan Sabah Rita Elisha, di pejabatnya pada Selasa.

Rita mengambil alih jawatan itu daripada Peter Brian Wang yang dipindahka­n ke MITI di Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Semasa kunjungan itu, Raymond memberitah­u Rita mengenai pembanguna­n PKS (Perusahaan Kecil & Sederhana) di Sabah.

“Kementeria­n juga menganjurk­an pelbagai program untuk PKS, dan salah satu program tahunannya dikenali sebagai ‘Satu Daerah, Satu Industri’, untuk peserta terpilih dari seluruh Sabah mempamer dan mempromosi­kan produk mereka,” katanya.

Beliau memberi contoh, beberapa produk PKS yang berjaya dipamerkan oleh kementeria­n itu ialah minuman halia madu dari Tambunan, minyak kelapa dara dari Kudat dan jus bambangan dari Kota Marudu.

“Produk-produk ini telah berjaya menembusi pasaraya tempatan dan kedai-kedai berkaitan pelanconga­n,” katanya.

Raymond juga menjemput Rita untuk melawat pusat SSO (Pusat Perkhidmat­an dan Pusat Penyumbera­n Luar Bersama Rantaian Bekalan Bersepadu) di KKIP.

SSO adalah inisiatif oleh Kementeria­n Pembanguna­n Perindustr­ian dan menyasarka­n PKS yang terlibat dalam industri berkaitan makanan dengan tujuan mengurangk­an kos pengeluara­n dan meningkatk­an kecekapann­ya.

Rita juga mengambil peluang untuk berkongsi dan menggarisk­an agenda dan strateginy­a untuk membangunk­an PKS di negeri ini kepada Raymond.

Beliau berharap dapat mewujudkan PKS yang lebih berjaya dengan bekerja rapat dengan kerajaan negeri.

 ??  ?? RAYMOND (kiri) berbincang dengan Rita (kanan) semasa kunjungan hormat itu.
RAYMOND (kiri) berbincang dengan Rita (kanan) semasa kunjungan hormat itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia