Utusan Borneo (Sabah)

Usaha SMK Tansau tubuh taska perlu dicontohi

Taska Semesta yang pertama seumpamany­a di Malaysia

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

PENAMPANG: Usaha murni Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tansau menubuhkan taska perlu dijadikan sebagai contoh terbaik.

Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Jainab Ahmad Ayid berkata taska yang dinamakan Taska Semesta itu juga yang pertama seumpamany­a di Malaysia.

Menurutnya, penubuhan taska di sekolah menengah banyak memberi kemudahan kepada guru-guru dan pihak sekolah.

Langkah berkenaan jelasnya, bukan sahaja menjaga kebajikan guru malah menjadi contoh kepada organisasi dan agensi kerajaan lain supaya menubuhkan taska untuk kemudahan pekerja masing-masing.

“Dari segi jangka masa panjang, penubuhan taska dilihat sebagai satu usaha mengeratka­n hubungan antara anak-anak dengan ibu bapa walaupun berada di tempat kerja.

“Taska Semesta kini mempunyai seramai 14 kanak-kanak dari umur satu hingga empat tahun dan dikawal selia oleh tiga pekerja.

“Justeru, ia dianggap sebagai satu perkhidmat­an yang efisien bagi sebuah sekolah yang mempunyai kemudahan taska,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Hari Koperasi Sekolah (HKS) Kali Ketiga Peringkat SMK Tansau, di sini, kelmarin.

Jainab berkata kejayaan penubuhan Taska Semesta di SMK Tansau membuktika­n segala usaha gigih dan hasil kerjasama yang baik warga sekolah berkenaan.

Selain itu katanya, usaha sekolah dalam memacu kecemerlan­gan koperasi juga salah satu alternatif yang baik untuk menambah sumber kewangan sekolah.

Menurutnya, sekolah tidak boleh terlalu bergantung kepada peruntukan kewangan yang diberikan oleh kerajaan memandangk­an keadaan ekonomi ketika ini kurang memberangs­angkan.

Sehubungan itu, beliau melihat peranan koperasi untuk membiayai segala kos aktiviti pelajar sememangny­a satu langkah yang perlu dicontohi oleh sekolahsek­olah lain.

“Mengadakan HKS amat bertepatan dengan hasrat Kementeria­n Pendidikan Malaysia (KPM) untuk memperkasa­kan gerakan koperasi sekolah.

“Ilmu berkaitan koperasi mestilah diterapkan kepada pelajar dan dijadikan asas kukuh kepada pengurusan koperasi.

“Koperasi sekolah juga perlu mencanangk­an kewujudan dan peranan koperasi agar dapat menggemble­ng penyertaan yang menyeluruh dari warga sekolah,” jelasnya.

Turut hadir, Pengetua Cemerlang SMK Tansau Siti Salmiah Samaie dan Ketua Sektor Pengurusan Akademik Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Abidin Marjan.

Dari segi jangka masa panjang, penubuhan taska dilihat sebagai satu usaha mengeratka­n hubungan antara anak-anak dengan ibu bapa walaupun berada di tempat kerja. DATUK JAINAB AHMAD AYID Menteri Pembanguna­n Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna

 ??  ?? JAINAB (dua kiri) bersama Siti Salmiah (kiri) melawat tapak gerai jualan pelajar pada majlis itu.
JAINAB (dua kiri) bersama Siti Salmiah (kiri) melawat tapak gerai jualan pelajar pada majlis itu.
 ??  ?? BARISAN guru dan tetamu jemputan merakamkan kenangan bersama Jainab (duduk, tengah).
BARISAN guru dan tetamu jemputan merakamkan kenangan bersama Jainab (duduk, tengah).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia