Utusan Borneo (Sabah)

Cubaan masuk 29 PTI digagalkan Maritim

- Oleh SHAMRY M SANI

TAWAU: Agensi Penguatkua­saan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Daerah Maritim 18 Tawau telah berjaya menggagalk­an cubaan masuk pendatang tanpa izin (PTI) ke daerah Tawau, awal pagi kelmarin.

Pengarah Maritim Daerah Maritim 18 Tawau Kapten Romli Hj Mustafa berkata dalam kejadian itu, bot peronda Maritim Malaysia yang sedang menjalanka­n tugas rondaan di kawasan tanggungja­wab telah berjaya mengesan dan menahan sebuah bot pam mencurigak­an di perairan Kinabutan Kecil, Tawau kira-kira jam 4 pagi.

“Hasil pemeriksaa­n mendapati bot pam itu tidak mempunyai sebarang nombor pendaftara­n dan terdapat seorang juragan serta 28 penumpang disyaki warganegar­a Filipina,” katanya.

Mereka yang terdiri 16 lelaki dewasa, enam perempuan dewasa, empat kanak- kanak lelaki dan tiga kanak-kanak perempuan berumur dalam lingkungan 2 bulan hingga 61 tahun gagal mengemukak­an sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

Romli berkata bot pam berkenaan dipercayai cuba menyusup masuk ke daerah Tawau dari Bongao TawiTawi, Filipina.

“Bot terbabit difahamkan telah bertolak pada 4 Julai 2017 jam 6 pagi dan berada di laut selama 20 jam sebelum ditahan oleh bot peronda Maritim Malaysia,” katanya.

Kesemua yang ditahan telah dibawa ke jeti Maritim Malaysia, Tawau untuk disiasat dibawah Akta Anti pemer dagangan Orang dan Antipen-yeludupan Migran 2007, dan Akta Imigresen 1959/63.

Beliau menegaskan Maritim Malaysia akan terus menjalanka­n tugas penguatkua­saan bagi membantera­s aktiviti yang menyalahi undang-undang di perairan Tawau.

Sebarang maklumat boleh disalurkan dengan menghubung­i terus talian 089-752115 pusat operasi Maritim Malaysia Tawau atau MERS 999 untuk sebarang kejadian kecemasan.

 ??  ?? ANTARA PTI yang ditahan dalam operasi itu.
ANTARA PTI yang ditahan dalam operasi itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia