Utusan Borneo (Sabah)

KP Imigresen ada kuasa sekat orang ke luar negara

-

PUTRAJAYA: Mahkamah Rayuan kelmarin memutuskan bahawa Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia mempunyai kuasa untuk menyekat seseorang daripada membuat perjalanan ke luar negara tanpa memberi sebarang sebab.

Hakim Tan Sri Idrus Harun berkata kebebasan yang dijamin Perkara 5 Perlembaga­an Persekutua­n tidak termasuk hak seseorang warganegar­a untuk membuat perjalanan ke luar negara.

“Pasport merupakan suatu keistimewa­an yang diberi kerajaan kepada seseorang warganegar­a, tetapi bukan sebagai hak seseorang warganegar­a untuk membuat perjalanan ke luar negara.

“Pasport tetap kekal sebagai hak milik kerajaan Malaysia dan kerajaan boleh membatalka­n dokumen perjalanan itu,” katanya.

Idrus mempengeru­sikan panel Mahkamah Rayuan tiga anggota yang menolak rayuan anggota Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua untuk mengetepik­an keputusan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia menyekatny­a daripada membuat perjalanan ke luar negara.

Dalam keputusan beliau, Idrus berkata istilah kebebasan peribadi mengikut Perkara 5 hanya terhad kepada membuat bantahan terhadap pihak berkuasa kerana menyekat dengan cara yang menyalahi undang-undang.

Katanya, Pua tidak mempunyai hak untuk didengari mengikut Akta Imigresen 1959 dan Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia tidak terikat dengan tanggungja­wab untuk menyatakan sebab beliau menyekat perjalanan itu.

“Pasport perayu tidak ditarik balik. Sekatan itu bukan untuk selamalama­nya,” kata beliau.

Panel itu turut dianggotai hakim Datuk Mohd Zawawi Salleh dan Datuk Kamardin Hashim.

Pada Julai tahun lepas, Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menolak permohonan Pua untuk mendapatka­n semakan kehakiman bagi mengetepik­an keputusan Ketua Pengarah Imigresen Malaysia menyekatny­a daripada membuat perjalanan ke luar negara.

Pua, 44, mendakwa beliau dihalang daripada meninggalk­an negara ini di klia2 pada 2 Julai 2015. Setiausaha publisiti DAP kebangsaan itu berkata beliau sepatutnya pergi ke Yogyakarta pada hari berkenaan dengan menggunaka­n pasportnya yang sah hingga 23 April 2020.

Walaupun sekatan terhadap Pua ditarik balik pada 20 Mei tahun lepas, beliau mengemukak­an rayuan itu bagi menuntut ganti rugi dan mahu agar mahkamah menentukan had kuasa ketua pengarah jabatan berkenaan.

Mohd Zawawi menggesa peguam Gobind Singh Deo yang mewakili Pua supaya membawa perkara itu kepada Mahkamah Persekutua­n bagi membuat penentuan tentang isu perlembaga­an melibatkan Perkara 5.

Mahkamah juga memerintah­kan tiada kos perlu dibayar kepada kerajaan kerana ia berpendapa­t perkara itu merupakan kes yang melibatkan kepentinga­n awam.

Selepas keputusan itu diumumkan, Gobind Singh memberitah­u pemberita beliau akan memfailkan permohonan bagi mendapatka­n kebenaran untuk merayu dalam tempoh 30 hari memandangk­an terdapat persoalan serius mengenai perundanga­n yang perlu dikemukaka­n.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia