Utusan Borneo (Sabah)

Miliki senjata berbahaya: Pesalah muda ketahui nasib 24 Julai

-

KOTA KINABALU: Mahkamah Majistret di sini, menetapkan pada 24 Julai depan untuk menyampaik­an keputusann­ya terhadap seorang pesalah muda yang didakwa memiliki senjata berbahaya.

Penolong Pendaftar Kanan Mohamad Alizat Abd Rahim membuat keputusan itu terhadap Syarifulni­zam Jamrang, 18, sementara menunggu laporan akhlak disediakan.

Tertuduh mengaku bersalah atas pertuduhan mengikut Seksyen 6 (1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya (Pindaan 2014).

Hukuman yang diperuntuk­kan, penjara minimum lima tahun dan maksimum sepuluh tahun serta dengan sebatan.

Tertuduh mengubah suai pemutar skru dan sesiku L menjadi sebilah pisau, pada 9 Jun tahun ini jam 3.15 pagi, di belakang sebuah restoran, Likas, di sini.

Mengikut fakta kes, pada hari kejadian jeadian satu laporan tangkap dibuat oleh pengadu yang mengatakan seorang lelaki berada dalam keadaan mencurigak­an, di belakang sebuah restoran.

Semasa tertuduh ditangkap, didapati tertuduh memiliki senjata berbahaya di tempat awam dipercayai untuk melakukan jenayah.

Pendakwaan itu dikendalik­an oleh Pegawai Pendakwa Insp Suzie@ Stephanie Kapit

Di Sungai Petani, dua orang koperal polis direman selama empat hari bermula kelmarin bagi membantu siasatan berhubung tuduhan rasuah membabitka­n RM10,000 pada April lalu.

Perintah reman itu dikeluarka­n Majistret Adibah Husna Zainal Abidin kira-kira pukul 11.30 pagi terhadap kedua-dua anggota polis berumur 34 dan 37 tahun itu bagi membolehka­n siasatan dijalankan mengikut Seksyen 17(a) Akta Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

SPRM dalam satu kenyataan menyebut, kedua-dua anggota polis yang bertugas di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Muda itu ditahan kira-kira pada pukul 2 petang semalam kerana dipercayai terlibat dalam permintaan wang rasuah berjumlah RM10,000 daripada seorang pengadu sebagai balasan untuk tidak mengambil tindakan atas aktiviti pinjaman wang tanpa lesen pada 11 April lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia