Utusan Borneo (Sabah)

Perbicaraa­n bekas pengarah Jabatan Air dan dua individu ditangguh

-

KOTA KINABALU: Mahkamah Sesyen di sini, menangguhk­an tarikh perbicaraa­n kepada 8 hingga 11 Ogos depan terhadap tiga individu, termasuk bekas pengarah Jabatan air dan isterinya yang didakwa atas pertuduhan pengubahan wang haram sebanyak RM61.48 juta.

Hakim Abu Bakar Manat membuat keputusan itu terhadap Ag Mohd Tahir Mohd Talib, 55, Fauziah Piut, 52, dan Lim Lam Beng@Lim Chee Hong, 63.

Ag Tahir didakwa atas 11 pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (b) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001, kerana memiliki harta berjumlah RM56.9 juta dalam bentuk wang dan simpanan, sebanyak 86 jam tangan dan beberapa kereta mewah.

Semua kesalahan itu dilakukan di pejabat bekas pengarah Jabatan Air, Graceville di Sembulan, Bank OCBC dan Bank UOB, Kingfisher Sulaman, di sini pada 4 Oktober hingga 4 November tahun lalu.

Tertuduh juga didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (a) akta sama, atas pertuduhan terlibat dalam transaksi haram melibatkan RM14,000 yang diserahkan kepada Cristine Fiona M Ponsoi, di Puncak Luyang Condo, pada 4 Oktober tahun lalu.

Manakala, Fauziah menghadapi 19 pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (b) akta sama, kerana memiliki wang tunai sebanyak RM2.2 juta dan juga simpanan.

Kesalahan itu dilakukan di Townhouse Graceville Sembul a n, Bank Islam, CIMB, Bank Rakyat, dan Menara PNB di Kuala Lumpur, pada 4 Oktober hingga 4 November tahun lalu.

Mereka juga didakwa bersama atas dua pertuduhan memiliki barangan kemas dan barangan perhiasan mewah, pada 4 Oktober tahun lalu di Graceville Sembulan, yang mana didakwa mengikut Seksyen 4 (1) (b) akta sama yang dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan.

Sementara itu, Lim didakwa atas empat pertuduhan mengikut Seksyen 4 (1) (b) akta sama, yang didapati dilakukan pada 13 Oktober hingga 8 November tahun lalu, di pejabat Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jalan UMS dan di sebuah rumah Jalan Penempatan, di sini.

Kini ketiga-tiga tertuduh dibebaskan dengan ikat jamin sementara menunggu kes mereka selesai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia