Utusan Borneo (Sabah)

Tiga pesalah dadah dihadapkan ke mahkamah

- Oleh NURASYIKIN HAMZA Pelatih UMS

KOTA KINABALU: Mahkamah Majistret di sini kelmarin, menetapkan 10 Julai tahun ini sebagai tarikh sebutan terhadap seorang wanita yang didakwa mengedar dadah jenis syabu seberat 2,023.35 gram.

Penolong Pendaftar Kanan Mohamad Alizat Abdul Rahim membuat keputusan terhadap Romana Diong, 34, yang berhadapan dengan hukuman gantung mandatori.

Tertuduh yang diwakili oleh peguam Goldam Hamid didakwa mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tertuduh melakukan kesalahan itu pada 14 Disember tahun lalu, jam 1.45 petang di Jalan Tun Fuad Stephens di sini.

Terdahulu Pegawai Pendakwa Insp Suzie@ Stephanie Kapit, memaklumka­n mahkamah, kertas siasatan belum diperolehi.

Goldam berkata, kes anak guamnya didaftarka­n pada tahun lalu dan sudah tujuh bulan kes berkenaan berlalu.

Oleh itu, beliau memohon tarikh sebutan baharu dengan kadar segera sementara menunggu laporan kimia disediakan.

Kini, Romona direman mengikut syeksen 259 Kaedah Tatacara Jenayah sehingga kes berkenaan selesai.

Sementara itu, seorang lagi remaja perempuan berusia 18 tahun dikenakan penjara tiga bulan kerana kesalahan mengambil syabu.

Feonee Kimjus yang mengaku bersalah, didakwa mengikut Seksyen 15 (1) (a) akta sama memperuntu­kkan hukuman penjara sehingga tempoh dua tahun atau dengan denda.

Tertuduh yang tidak diwakili oleh peguam diperintah­kan menjalani hukuman itu bermula tarikh tangkap.

Dalam kes berasingan, seorang lagi lelaki didenda RM3,000 atau penjara enam bulan atas kesalahan memiliki syabu seberat 0.74 gram.

Dirham Tengu mengaku bersalah melakukan kesalahan itu pada 28 Disember tahun lalu, jam 5.30 petang di Kampung Nosoob Penampang di sini.

Tertuduh disabitkan mengikut Seksyen 12 (2) akta sama, yang boleh dipenjara lima tahun atau denda sehingga RM100,000 atau kedua-duanya sekali.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia