Utusan Borneo (Sabah)

Kesedaran vena varikosa kosong

- Oleh SURAIDAH ROSLAN

KOTA KINABALU: Kesedaran berkenaan penyakit vena varikosa perlu dipertingk­atkan memandangk­an kebanyakan penghidap hanya mendapatka­n rawatan Endo Venus Laser Ablation (Evla) ketika keadaan kaki mereka sudah teruk.

Jika dilihat situasi di Sabah, lebih 100 pesakit mendapatka­n rawatan Evla sejak 2010 dan kebanyakan daripada mereka sudah berada pada gred empat hingga enam.

Penghidap vena varikosa hanya mendapatka­n rawatan setelah keadaan kaki mereka teruk, kata Konsultan Pakar Bedah Plastik, Kosmetik dan Pembinaan Semula Hospital Gleneagles Kota Kinabalu (GKK) Dr Charles Lee.

Atas sebab itu, kesedaran mengenai vena varikosa perlu dipertingk­atkan menerusi kempen kesedaran tahunan ‘Jom Scan Kaki’. Tahun ini, Kempen Jom Scan Kaki ini diadakan sempena Hari Ibu Bapa Hospital Gleaneagle­s Kota Kinabalu pada 15 Julai ini.

Pengerusi penganjur Kempen Jom Scan Kaki itu berkata ketiadaan kesedaran terhadap vena varikosa di negeri ini menyebabka­n beliau menganjurk­an kempen itu secara berterusan sejak tiga tahun lalu.

Katanya orang ramai berpeluang mendapatka­n pemeriksaa­n ultrasound vena varikosa secara percuma. Orang ramai diharap akan merebut peluang yang ada untuk melakukan pemeriksaa­n kaki di Bilik Latihan, Tingkat 2, Hospital GKK pada 15 Julai bermula jam 9 pagi sehingga 4 petang.

Program yang mendapat kerjasama Servier Malaysia dan Jim Hans Medical berkenaan dijangka akan disempurna­kan oleh Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Seri Hajiji Mohd Noor. Tema kempen pada tahun ini adalah ‘Happy & Healthy Legs for life’.

Charles berkata kempen sebegitu diadakan secara berterusan bagi mendidik

orang awam tentang cara mengenalpa­sti, mencegah mahupun merawat penyakit vena yang kronik.

“Antara tanda-tanda yang boleh dilihat sekiranya seseorang itu menghidap vena varikosa adalah bengkak kaki, perubahan warna kulit serta ulser kulit.

“Kempen ini diadakan sempena Hari Ibu Bapa supaya ibu bapa dapat mendidik

anak-anak mereka tentang kepentinga­n menjalani cara hidup yang sihat supaya penyakit seperti vena varikosa ini dapat dielakkan,” katanya.

Katanya orang ramai juga akan diberi pendedahan tentang risiko kesihatan seperti trombosis vena dalam (DVT) dan e-trombosis. Jika berlakunya DVT, gumpalan darah yang terbentuk akan mengakibat­kan aliran darah dari kaki terhalang dan ia boleh membawa kepada kematian.

Mengenai jantina dan umur yang sering menghidap vena varikosa, Charles berkata wanita lebih mudah menghidap vena varikosa disebabkan kekerapan mengandung. Umur yang berisiko penghidap penyakit itu adalah 45 hingga 65 tahun.

 ??  ?? CHARLES membuat demonstras­i pemeriksaa­n ultrasound kaki terhadap seorang kakitangan Hospital GKK.
CHARLES membuat demonstras­i pemeriksaa­n ultrasound kaki terhadap seorang kakitangan Hospital GKK.
 ??  ?? CHARLES memberi taklimat kepada media mengenai penyakit vena varikosa.
CHARLES memberi taklimat kepada media mengenai penyakit vena varikosa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia