Utusan Borneo (Sabah)

Bangkai penyu ditemukan lagi Kes kedua dilaporkan di Sabah dalam tempoh dua hari

-

KOTA KINABALU: Penemuan bangkai seekor penyu yang belum dikenal pasti spesisnya di Pantai Teluk Likas pagi kelmarin merupakan penemuan kedua seumpamany­a di Sabah, dalam tempoh dua hari.

Pada Selasa, kira-kira 8 pagi, bangkai seekor spesies penyu hijau dijumpai orang awam di Pantai Lok Kelia, Kota Belud, dan bedah siasat ke atas penyu berkenaan telah selesai dijalankan.

Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah Augustine Tuuga berkata penyu hijau sepanjang 94 sentimeter itu merupakan penyu betina berumur lingkungan 30 tahun. “Kematianny­a kemungkina­n berpunca daripada masalah pernafasan yang teruk kerana berlaku pendarahan pada saluran pernafasan­nya,” katanya dalam kenyataan kelmarin.

Beliau berkata tiada perubahan ketara pada saluran sistem pencernaan penyu itu namun, menemui jenis rumpai laut yang biasanya ditanam untuk makanan manusia dalam sistem pencernaan­nya.

“Jadi mungkin penyu ini telah mengunjung­i kawasankaw­asan penanaman rumpai laut sebelum dia mati,” katanya.

Mengenai penemuan bangkai penyu pagi tadi, Augustine berkata pihaknya akan mengeluark­an kenyataan berhubung perkara ini nanti.

Bagaimanan­apun saksi yang ditemui di Pantai Teluk Likas memaklumka­n bahawa penyu itu pada mulanya ditemukan terapung di permukaan air berhampira­n pantai sebelum diangkat ke kawasan pasir.

“Saya sampai ke pantai ini kira-kira 7 pagi dan melihat penyu itu sudah berada di atas pasir, kira-kira dua kaki dari gigi air,” kata Mohd Razman Zaidi, 16, pelajar madrasah di Beaufort yang kebetulan berada di pantai itu bersama rakannya.

Katanya, beberapa individu memakai uniform yang beliau tidak pasti daripada agensi mana kemudian tiba dan memasukkan bangkai penyu berkenaan ke dalam guni lalu membawanya pergi.Bernama

Kematianny­a kemungkina­n berpunca daripada masalah pernafasan yang teruk kerana berlaku pendarahan pada saluran pernafasan­nya AUGUSTINE TUUGA Pengarah Jabatan Hidupan Liar Sabah

 ??  ?? PETUGAS Jabatan Hidupan Liar bersedia mengambil bangkai penyu yang ditemukan di Kota Belud. Manakala gambar kecil mata kail yang didapati tersangkut pada leher penyu.
PETUGAS Jabatan Hidupan Liar bersedia mengambil bangkai penyu yang ditemukan di Kota Belud. Manakala gambar kecil mata kail yang didapati tersangkut pada leher penyu.
 ??  ?? BANGKAI penyu yang ditemukan terdampar di Pantai Tanjung Lipat Likas.
BANGKAI penyu yang ditemukan terdampar di Pantai Tanjung Lipat Likas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia