Utusan Borneo (Sabah)

Sabata pergiat program kesedaran

Untuk kawal peningkata­n penyakit tibi

-

“Saya merayu kepada masyarakat untuk bermurah hati dengan membeli bendera itu agar dapat membantu para penghidap penyakit tibi HENRY PETER J MOGINDOL Presiden

KOTA KINABALU: Persatuan Pencegah Batuk Kering Sabah (Sabata) mempergiat­kan program kesedaran bagi mengawal peningkata­n jumlah penghidap penyakit tibi.

Presidenny­a Henry Peter J Mogindol berkata antaranya, melalui beberapa aktiviti tahunan iaitu pelancaran penjualan bendera selama sebulan pada Julai selain turut mengadakan seminar, ceramah, kuiz dan aktiviti publisiti serta hebahan melalui media massa.

“Justeru, saya merayu kepada masyarakat untuk bermurah hati dengan membeli bendera itu agar dapat membantu para penghidap penyakit tibi,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan kunjungan hormat terhadap Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin di Istana Negeri, kelmarin.

Jelas beliau, jumlah penghidap penyakit tibi semakin meningkat hingga mencecah lebih 5,000 kes di Malaysia dan Sabah adalah negeri yang mempunyai pesakit tibi paling ramai diikuti Sarawak dan Selangor.

Henry berkata penjualan bendera itu melibatkan 18 cawangan di seluruh Sabah dan juga sekolah-sekolah.

“Tahun lepas, kami berjaya mengumpul sebanyak RM30 ribu daripada hasil penjualan di sekolah-sekolah.

“Manakala di cawangan pula, Kota Kinabalu paling banyak mendapatka­n hasil iaitu sebanyak RM15 ribu dan diikuti Penampang RM8,000,” katanya.

Oleh itu, beliau turut berharap tahun ini kutipan penjualan bendera itu dapat mencecah RM50 ribu.

 ??  ?? HENRY (duduk, kiri) dan ahli rombongan merakam kenangan bersama Juhar (duduk, tengah).
HENRY (duduk, kiri) dan ahli rombongan merakam kenangan bersama Juhar (duduk, tengah).
 ??  ?? HENRY ketika ditemui media.
HENRY ketika ditemui media.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia