Utusan Borneo (Sabah)

Hospital Melaka perlu 500 hingga 600 beg darah seminggu

-

MELAKA: Hospital Melaka memerlukan purata 500 hingga 600 unit beg darah seminggu bagi memenuhi keperluan Tabung Darah untuk rakyat di negeri ini, kata Ketua Unit Tabung Darah hospital itu Dr Noramiza Mat Amin.

Justeru, beliau menyeru orang ramai supaya sedar tentang kepentinga­n menderma darah yang boleh menyelamat­kan nyawa insan lain dan tampil menderma darah untuk bersama menampung keperluan tersebut.

Katanya sebelum ini hospital itu pernah mengalami kekurangan bekalan darah pada Hari Raya Aidilfitri kerana kekurangan penderma, namun kini bekalan darah terutama jenis O semakin stabil berikutan kempen yang dijalankan pihaknya.

“Sumbangan yang dihulur mungkin nampak kecil, namun memberi impak besar kepada mereka yang memerlukan. Kempen( derma darah) ini antara lain turut mengajak semua golongan masyarakat untuk menyertai aktiviti menderma darah yang merupakan amalan murni selain tidak mendatangk­an sebarang kemudarata­n,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata hospital berkenaan kini sedang mempergiat usaha menjalanka­n kempen menderma darah bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan yang lazimnya berlaku pada musim perayaan.

Katanya program derma darah kini berlangsun­g seperti biasa namun perlu ditingkatk­an dari semasa ke semasa.

Berikut merupakan jadual kempen derma darah yang berlangsun­g di Melaka, minggu ini:

Rabu, 5 Julai, Pasar raya Tesco Cheng, 12 tengah hari hingga 5 petang.

Khamis, 6 Julai, kantin kilang Ansell, Ayer Keroh mulai 9 pagi hingga 1 tengah hari.

Jumaat, 7 Julai, Dewan Makan, Kolej Jururawat Hospital Melaka bermula 3 petang hingga 6 petang.

Sabtu, 8 Julai, Pasar raya Econsave Sungai Udang bermula pada 11 pagi hingga 5 petang.

Sabtu, 8 Julai, Tabung Darah Hospital Melaka bermula pada 11 pagi hingga 4 petang.

Ahad, 9 Julai, Mydin Pulau Sebang dan Mydin Jasin bermula pada 12 tengah hari hingga 5 petang.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia