Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki miliki bakakuk diberkas polis

Turut dirampas sebutir peluru hidup dan satu kelongsong

- Oleh JOHAN AZIZ

KUDAT: Polis menangkap seorang lelaki tempatan yang memiliki senjata api buatan sendiri yang juga dikenali sebagai bakakuk, di sini, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Superinten­dan Douglas Nyeging Taong berkata lelaki berumur 26 tahun itu berasal dari Kampung Dumpiring Kudat.

Katanya, turut dirampas daripada suspek ialah senjata api buatan sendiri, sebutir peluru hidup dan satu kelongsong peluru.

Menurut beliau, pada 3 Julai kira-kira jam 5.25 petang, pengadu yang juga seorang pegawai polis mengetuai sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah membuat serbuan di sebuah rumah tidak bernombor di Kg Dumpiring dan menahan seorang lelaki dipercayai memiliki senjata api buatan sendiri.

“Suspek bersama barang rampasan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk siasatan lanjut.

“Hasil daripada tangkapan ke atas suspek, satu kes di IPD Kota Kinabalu berjaya diselasaik­an mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan,” katanya.

Douglas berkata suspek ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960 yang jika disabitkan kesalahan, boleh dipenjara selama tujuh tahun atau dikenakan denda tidak melebihi RM10,000, atau kedua-dua sekali.

Sementara itu, dalam satu kes lagi, seorang lelaki tempatan berusia 37 tahun ditangkap polis kerana disyaki mencuri enjin bot milik seorang nelayan di sebuah pasaraya di sini.

Beliau berkata pada 24 Jun kira-kira jam 6 pagi, pengadu seorang nelayan berumur 50 tahun telah meninggalk­an botnya di jeti belakang sebuah pasaraya bersamasam­a enjin bot jenis Yahama Enduro 15hp.

Menurutnya, pengadu balik ke rumahnya di Kampung Pengaraban dan pada hari yang sama jam 9.05 pagi, pengadu balik semula ke botnya dan mendapati enjin botnya telah hilang. Pengadu telah membuat laporan polis dan menganggar­kan kerugian lebih kurang RM6,200.

“Pada 25 Jun, jam 6.30 pagi, sepasukan anggota dari Unit Risikan Marin pasukan Polis Marin Wilayah 4 Kudat yang diketuai oleh ASP Cyril Douglas telah menahan dan menangkap seorang lelaki yang disyaki terlibat dalam kes itu dan merampas enjin bot berkenaan.

Katanya suspek bersama barang rampasan telah dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kudat dan suspek ditahan reman untuk siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan.

“Suspek

bersama barang rampasan dibawa balik ke Ibu Pejabat Polis Daerah untuk siasatan lanjut. Hasil daripada tangkapan ke atas suspek, satu kes di IPD Kota Kinabalu berjaya diselasaik­an mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan SUPERINTEN­DAN DOUGLAS NYEGING TAONG Ketua Polis Daerah

 ??  ?? DOUGLAS (dua kanan) bersama pegawainya menunjukka­n senjata api buatan sendiri yang dirampas daripada suspek.
DOUGLAS (dua kanan) bersama pegawainya menunjukka­n senjata api buatan sendiri yang dirampas daripada suspek.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia