Utusan Borneo (Sabah)

Wujud E-Kad palsu untuk PTI

Setakat ini 40 kes dikesan sejak diperkenal 15 Feb lepas

-

“Reka bentuk E-Kad palsu nampak sama tetapi Quick Response Code (QR Code) berbeza, cap jari majikan dan pekerja akan diambil dan dari situ kita dapat kesan palsu atau tidak. DATUK SERI MUSTAFAR ALI Ketua Pengarah Imigresen

SHAH ALAM: Wujud individu tertentu yang cuba memalsukan kad sementara atau ‘Enforcemen­t Card’ (E-Kad) untuk digunakan oleh pendatang asing tanpa izin (PTI).

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali berkata pihaknya telah mengesan sebanyak 40 EKad palsu yang digunakan oleh PTI sejak program itu dilancarka­n 15 Feb lepas.

“Sebelum ini, kita telah ambil tindakan terhadap ejen yang cuba palsukan E-Kad dan tindakan terhadap sesiapa sahaja yang mempunyai EKad palsu.

“Imigresen juga pernah menahan seorang warga Bangladesh yang mempunyai lapan E-Kad palsu,” katanya kepada pemberita selepas menyertai Operasi PATI di Kota Kemuning di sini, kelmarin.

Beliau berkata E-Kad yang dibuat oleh pihak Imigresen mempunyai bio metrik majikan serta pekerja yang digaji dan sukar untuk dipalsukan.

“Reka bentuk E-Kad palsu nampak sama tetapi Quick Response Code (QR Code) berbeza, cap jari majikan dan pekerja akan diambil dan dari situ kita dapat kesan palsu atau tidak,” kata Mustafar.

Mengulas mengenai operasi bermula 11 malam hingga 3 pagi itu, Mustafar berkata seramai 156 PATI dan dua majikan tempatan berusia antara 20 hingga 45 tahun ditahan dalam dua operasi di Seri Kembangan dan Kota Kemuning.

Antara PTI yang ditahan ialah warga Bangladesh, Nigeria, Vietnam, Indonesia dan China.

“Ini menunjukka­n Imigresen tegas dalam menjaga kedaulatan negara, faktor utama program EKad dilihat gagal adalah disebabkan kedegilan majikan untuk mendaftark­an pekerja mereka,” kata Mustafar.

Beliau berkata PTI yang ditahan akan dihantar pulang ke negara masingmasi­ng selepas siasatan dan proses perundanga­n selesai dilaksanak­an.

“Mereka akan ditempatka­n di Depoh Tahanan Imigresen di negeri masing-masing sebelum dihantar pulang.

“Penghantar­an pulang memerlukan kerjasama daripada kedutaan dan pihak Imigresen akan menghubung­i mereka,” katanya. Bernama

 ??  ?? SEBAHAGIAN PTI yang ditahan ketika Operasi Bersepadu Jabatan Imigresen Fasa Kedua kelmarin.
SEBAHAGIAN PTI yang ditahan ketika Operasi Bersepadu Jabatan Imigresen Fasa Kedua kelmarin.
 ??  ??
 ??  ?? MUSTAFAR Ali ketika sidang media selepas Operasi Bersepadu Jabatan Imigresen Fasa Kedua bagi mengesan pendatang asing tanpa izin (PTI) yang tidak membuat dan tidak mempunyai‘Enforcemen­t Card’atau E-Kad di Kawasan Kampung Jawa pagi kelmarin.
MUSTAFAR Ali ketika sidang media selepas Operasi Bersepadu Jabatan Imigresen Fasa Kedua bagi mengesan pendatang asing tanpa izin (PTI) yang tidak membuat dan tidak mempunyai‘Enforcemen­t Card’atau E-Kad di Kawasan Kampung Jawa pagi kelmarin.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia