Utusan Borneo (Sabah)

Tiga remaja maut, kemalangan di Pasir Puteh

-

PASIR PUTEH: Tiga remaja maut manakala lima lagi cedera dalam kemalangan jalan raya membabitka­n dua kereta di Kampung Bukit Tanah di sini, awal pagi kelmarin.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh DSP Abdul Rozak Muhammad berkata mereka yang maut, masing-masing berumur 19 tahun ialah Che Muhammad Syafiq Che Suriadi, Ahmad Amirul Razali, dan Amir Amjad Zuhar.

“Mayat ketiga-tiga mangsa yang menaiki kereta Proton Iswara dihantar ke Hospital Tengku Anis di sini untuk bedah siasat,” katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata dalam kemalangan pukul 1.30 pagi itu, mereka yang cedera ialah seorang lagi penumpang kereta Proton Iswara iaitu Muhammad Idzzat Haiqal Mohd Ridzuan, 19, manakala empat lagi ialah penumpang kereta Proton Persona melibatkan adikberadi­k iaitu Muhammad Norsalam Mohd Salleh, 19, Siti Noor Hanif Farhani, 23, dan Nurizah Nabihah, 15 ,serta Wan Zanariah Wan Mohd Mahayidin, 57 tahun.

Katanya kesemua mereka yang cedera dirawat di Hospital Tengku Anis.

Abdul Rozak berkata kejadian berlaku apabila kereta Proton Iswara yang dipandu Ahmad Amirul dari arah Kota Bharu ke Pasir Puteh dipercayai dipandu laju lalu hilang kawalan telah memasuki laluan bertentang­an dan bertembung dengan kereta Proton Persona yang dipandu Muhammad Norsalam.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Puteh, Penolong Pegawai Bomba Azhar Elmi Mustofar berkata enam anggota bomba dan penyelamat mengambil masa enam minit untuk mengeluark­an tiga mangsa yang tersepit dalam kereta Proton Iswara.

“Mereka disahkan meninggal dunia oleh doktor sebaik tiba di Hospital Tengku Anis,” katanya.

Sementara itu, di PASIR MAS , Pemangku Penolong Pengarah Bahagian Latihan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kelantan, Azani Aziz maut dalam kemalangan jalan raya di Kampung Atas Pinggir di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas ACP Ibrahim Saad berkata dalam kejadian 8 pagi itu, Azani, 48, yang menunggang motosikal bersendiri­an ke tempat kerja di Ibu Pejabat JBPM Kelantan di Tunjong, Kota Bharu gagal mengelak sebuah kereta Perodua Kelisa, yang membuat pusinganU secara mengejut, lalu merempuhny­a.

Mangsa dilaporkan terpelanti­ng dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Azani, yang berkhidmat di JBPM sejak 22 tahun lalu, meninggalk­an seorang isteri dan tujuh anak yang berusia antara sebulan dan 21 tahun.

Isteri mangsa, Zunainah Ahmad, 40, berkata dia dimaklumka­n mengenai kemalangan yang menimpa suaminyaol­ehseorangp­egawai Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas pada 9 pagi ini.

“Saya terkejut apabila diberitahu suami meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya sedangkan sebelum keluar rumah 7.30 pagi tadi (di Kampung Kubang Terap untuk ke tempat kerja) arwah suami tidak menunjukka­n apa-apa perubahan,” katanya ketika ditemui pemberita di Unit Forensik Hospital Pasir Mas.

Pengarah JBPM Kelantan Nazili Mahmood, yang turut berada di hospital berkata Allahyarha­m Azani seorang pegawai yang sangat komited dalam melaksanak­an tugasnya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia