Utusan Borneo (Sabah)

Penjenayah guna aplikasi CeChat culik mangsa, tumpas

-

JOHOR BAHRU: Kegiatan sekumpulan penjenayah yang menggunaka­n aplikasi WeChat untuk mencari mangsa dan kemudian memeras ugut rakanrakan mangsa akhirnya tumpas apabila lima suspek ditahan di sini, tigahari lepas.

Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri ACP Noor Hashim Mohamad berkata penahanan kesemua suspek yang terdiri daripada seorang perempuan serta empat lelaki berusia 24 hingga 31 tahun itu dilakukan pada petang Isnin di beberapa kawasan di Gelang Patah.

Ia susulan sebuah laporan polis yang dibuat seorang lelaki warganegar­a India, yang bekerja sebagai jurutera yang mengatakan dia menerima satu panggilan daripada individu tidak dikenali yang memeras ugut dirinya agar membayar sejumlah wang tebusan bagi membebaska­n rakannya, yang sebelum itu keluar berjumpa dengan wanita tempatan yang baru dikenali menerusi WeChat.

“Rakan mangsa merupakan lelaki warganegar­a India berusia 31 tahun dan bekerja di sebuah kilang membuat barangan minyak dan gas di Nusa Cemerlang, Gelang Patah kira-kira empat tahun.

“Dia berkenalan dengan seorang perempuan tempatan melalui WeChat pada 1 Julai lalu, namun dua hari kemudianny­a, dia memaklumka­n kepada rakannya itu (pengadu) bahawa dia ingin mengambil cuti sakit dan berjumpa dengan perempuan berkenaan,” katanya dalam kenyataan di sini kelmarin.

Noor Hashim berkata tanpa mengesyaki apa-apa, rakan mangsa (pengadu) yang berusia 35 tahun kemudian membenarka­n mangsa keluar.

“Namun, pada 3 Julai kirakira 11.30 pagi, ketika rakan mangsa baru balik dari Klinik Kesihatan Gelang Patah, dia menerima panggilan telefon daripada individu tidak dikenali yang memeras ugut dirinya agar membayar sejumlah wang untuk membebaska­n mangsa.

“Tanpa berfikir panjang, dia membuat laporan polis sebelum kesemua suspek berjaya ditahan,” katanya.

Ujian saringan air kencing yang turut dijalankan ke atas kesemua suspek bagaimanap­un mendapati kelima-limanya negatif dadah.

Mereka juga didapati tidak mempunyai sebarang rekod jenayah dan dua daripadany­a bekerja sebagai pengawal keselamata­n, seorang merupakan tukang pasang kanopi dan tiga lagi menganggur.

Dalam tangkapan itu, polis turut merampas pelbagai barangan termasuk sebuah kereta jenis Proton Iswara, 10 unit telefon bimbit pelbagai jenama, sebuah televisyen dan tiga unit komputer riba.

Noor Hashim berkata modus operandi mereka ialah suspek perempuan akan menggunaka­n gambar orang lain dalam aplikasi WeChat dan berkenalan dengan seseorang sebelum menjadikan kenalan itu sebagai mangsa tebusan untuk meminta wang daripada rakan mangsa.

Kelima-lima suspek ditahan reman selama empat hari bermula 4 Julai hingga Jumaat ini bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik dan Seksyen 384 Kanun Keseksaan kerana memeras ugut. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia