Utusan Borneo (Sabah)

JPNT rekod 12 kes buli

-

KUALA TERENGGANU: Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT) merekodkan 12 kes buli dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini.

Pengarahny­a Shafruddin Ali Hussain berkata daripada jumlah itu, 10 kes telah diselesaik­an secara dalaman hasil rundingan antara keluarga pelajar yang terlibat.

“Hanya dua kes dibawa untuk tindakan polis dan mahkamah kerana ibu bapa mangsa mahu mendapatka­n keadilan untuk anak mereka.

“Pada dasarnya kes buli di Terengganu semakin berkuranga­n dan ini adalah hasil tindakan proaktif jabatan dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia serta ibu bapa dan masyarakat setempat,” katanya kepada pemberita di majlis sambutan Aidilfitri JPNT di sini, kelmarin.

Antara langkah JPNT dalam mengurangk­an kes buli ialah memperkena­lkan peti aduan asrama di kesemua 105 asrama sekolah di negeri itu sejak 1 Jan lalu untuk kegunaan pelajar yang menjadi mangsa atau sebarang unsur buli.

Shafruddin berkata pelajar terlibat boleh menghantar surat di peti aduan tersebut, yang akan diperiksa oleh polis secara berkala.

“Saya selalu mengingatk­an pengetua dan guru besar agar tidak menyembuny­ikan perbuatan buli ini atas apa alasan sekali pun. Malah, apa sahaja aduan ibu bapa mengenai kes buli terhadap anak mereka harus sentiasa diberi perhatian walaupun aduan secara tidak rasmi melalui aplikasi Whatsapp atau Facebook,” katanya.

Setiap aduan itu akan disiasat secara terperinci oleh Jawatankua­sa Siasatan Aduan yang ditubuhkan JPNT agar pembuli dapat dikenakan hukuman setimpal, katanya. - Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia