Utusan Borneo (Sabah)

Landskap Ranau terus berubah hasil pemerintah­an kerajaan BN

Hasil pemerintah­an kerajaan BN

-

“Semua keperluan asas seperti itu akan terus dilaksanak­an dari masa ke semasa, bagaimanap­un ia terpaksa dibuat secara berperingk­at-peringkat dan rakyat diminta agar terus bersabar sehinggala­h semua keperluan itu tercapai. DATUK DR EWON EBIN Ahli Parlimen Ranau

RANAU: Kesungguha­n kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk terus membangunk­an kawasan terpencil khususnya di daerah pedalaman seperti Ranau telah mampu mengubah landskap daerah ini ke arah yang lebih baik berbanding keadaan beberapa tahun dahulu.

Ahli Parlimen Ranau Datuk Dr Ewon Ebin berkata pelbagai jenis projek pembanguna­n mega seperti membina baharu dan menaiktara­f jalan raya, pembekalan elektrik, pembinaan loji penapis air, pembinaan bangunan dan sebagainya adalah tanda bahawa kerajaan BN prihatin terhadap keperluan semua rakyat.

Beliau berkata demikian ketika ditemurama­h oleh sekumpulan lima pegawai dari Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang datang meninjau beberapa projek pembanguna­n yang telah dan sedang dilaksanak­an di daerah ini.

Dengan diiringi oleh pegawai dan penolong pegawai Parlimen Ranau, Ewon bersama lima pegawai JPM terbabit telah dibawa meninjau beberapa projek pembanguna­n daerah ini selama dua hari di kawasan DUN Kundasang dan Paginatan.

Antara yang sempat dilawati termasukla­h loji penapis air Kampung Pinawantai, pembinaan jalan raya sejauh 45 kilometer dari Kampung B ong ku d ke Kampung Man sal u (sedang dalam pembinaan), Kompleks Sukan Ranau, bekalan elektrik luar bandar di Kampung Tompios dan beberapa rumah PPRT.

Ewon berkata kalau dibandingk­an dengan keadaan beberapa tahun dahulu, landskap Ranau memang telah banyak berubah hasil daripada pembanguna­n berterusan yang kerajaan BN laksanakan.

Katanya setakat ini jalan raya utama Daerah Ranau sudah lebih kurang 70 peratus dinaiktara­f dan beberapa jalan raya baharu juga telah dibina menujukeka­mpung-kampung terpencil dan kawasan perkebunan penduduk.

“Begitu juga dengan bekalan elektrik dan bekalan air terawat melalui pembinaan beberapa loji penapis air yang telah, sedang dan akan terus dilaksanak­an kerajaan sehinggala­h semua rakyat daerah ini dapat menikmatin­ya.

“Semua keperluan asas seperti itu akan terus dilaksanak­an dari masa ke semasa, bagaimanap­un ia terpaksa dibuat secara berperingk­at-peringkat dan rakyat diminta agar terus bersabar sehinggala­h semua keperluan itu tercapai,” katanya.

Menurut beliau cabaran utama dalam melaksanak­an pembanguna­n di daerah ini ialah kawasannya yang terlalu luas untuk diliputi. Daerah Ranau lebih luas daripada negeri Melaka dan ia menjadikan peruntukan yang diberi setiap tahun tidak mencukupi.

“Perkara inilah yang sebenarnya mengakibat­kan pembanguna­n di kawasan seperti Ranau ini agak lambat sedikit,” tambahnya.

Bagaimanap­un, kata Ewon, pembanguna­n tetap rakyat nikmati dari masa ke semasa. Sebagai contoh, pembinaan jalan raya dari Poring ke Kampung Marak Parak Kota Marudu sejauh 110 kilometer pada tahun 2010 dan siap pada 2015 serta jalan Randagong Himbaan sejauh 20 kilometer bermula pada 2011 dan siap 2015.

“Kini, jalan raya dari Telipok ke Kampung Randagong Ranau sejauh 80 kilometer juga sedang dalam pembinaan mengikut beberapa fasa yang dijangka akan memberikan manfaat kepada ramai orang di kampung-kampung yang dilaluinya,” katanya.

Semasa di Kompleks Sukan Ranau, Penolong Pegawai Belia dan Sukan Ranau Austin Orou berkata kompleks itu dibina di kawasan seluas 100 ekar bermula pada Ogos 2007 dan siap pada Jun 2009, dan mula beroperasi pada Julai 2011.

Katanya kompleks itu mempunyai dua padang bola sepak, trek, sebuah dewan serbaguna, sebuah gym, gelanggang futsal, gelanggang bola keranjang dan sebuah hostel 35 bilik yang boleh menampung seramai 136 orang dalam satu-satu masa.

Turut menyertai tinjauan itu ialah Pegawai Khas Parlimen Japirin Sahadi, Setiausaha Parlimen Dallius Ubin, Pegawai Kesejahter­aan Rakyat Samdin Rijin serta para pegawai kerajaan dan pemimpin setempat.

 ??  ?? EWON (enam kiri) bersama rombongan di kawasan pembinaan jalan raya Bongkud Mansalu.
EWON (enam kiri) bersama rombongan di kawasan pembinaan jalan raya Bongkud Mansalu.
 ??  ?? EWON (dua kiri) dan Japirin (kiri) semasa meninjau pencawang elektrik Kg Tompios.
EWON (dua kiri) dan Japirin (kiri) semasa meninjau pencawang elektrik Kg Tompios.
 ??  ?? EWON (tiga kanan) dan rombongan ketika melawat sebuah rumah PPRT.
EWON (tiga kanan) dan rombongan ketika melawat sebuah rumah PPRT.
 ??  ?? EWON menyampaik­an sedikit sumbangan kepada pemilik rumah PPRT.
EWON menyampaik­an sedikit sumbangan kepada pemilik rumah PPRT.
 ??  ?? LOJI penapis air Kampung Pinawantai.
LOJI penapis air Kampung Pinawantai.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia