Utusan Borneo (Sabah)

Kesederhan­aan membawa harmoni

Amalan kunjung mengunjung­i erat silaturahi­m dan perpaduan

- Walaupun berbeza agama dan keturunan, namun rakyat di negara ini khususnya di Sabah hidup sebagai sebuah keluarga yang harmoni DATUK DR SANGKAR RASAM Penolong Kanan Kokurikulu­m SMK Nabawan II Oleh JOHAN AZIZ

KENINGAU: Lebih 1,000 orang menghadiri majlis rumah terbuka Penolong Kanan Kokurikulu­m SMK N a bawa nI I Datuk Dr Sangkar Rasam di kediamanny­a di Taman MDK, di sini, barubaru ini.

Antara yang hadir di majlis itu ialah pegawaipeg­awai kerajaan, guru-guru, masyarakat pelbagai kaum dan agama serta wakil media Nabawan dan Keningau.

Ketika ditemui, Sangkar berkata amalan kunjung mengunjung­i di hari perayaan dapat mengeratka­n lagi silaturahi­m dan perpaduan rakyat berbilang kaum di negara ini.

“Walaupun berbeza agama dan keturunan, namun rakyat di negara ini khususnya di Sabah hidup sebagai sebuah keluarga yang harmoni,” katanya.

Katanya, situasi itu jarang berlaku di negara lain dan sewajarnya amalan sikap kesederhan­aan itu terus diwarisi generasi akan datang bagi membolehka­n negara terus kuat dan disegani oleh negara luar.

“Kita seakan-akan satu keluarga yang tidak ada perbezaan agama, keturunan dalam sama-sama memeriahka­n sambutan perayaan mengikut kaum yang terus disokong oleh kerajaan untuk diraikan di semua peringkat termasuk di peringkat nasional yang dianjurkan oleh kerajaan Barisan Nasional (BN),” katanya.

Menurutnya keunikan dalam kalangan rakyat yang hidup aman damai serta harmoni menjadikan rakyat negara ini dihormati oleh negara luar dan membolehka­n agenda pembanguna­n kerajaan berjalan lancar.

Sangkar berkata dalam masa perayaan yang dikunjungi oleh pelbagai kaum, wujud perasaan kekeluarga­an yang mana mereka melupakan seketika fahaman politik tetapi lebih kepada ikatan kekeluarga­an dalam masyarakat.

Katanya amalan itu menggambar­kan bahawa rakyat Malaysia bersatu padu dengan adanya perasaan kekitaan dan hormat menghormat­i antara satu sama lain melalui perayaan sebagai landasan ke arah perpaduan yang kukuh.

Sementara itu, kira-kira 1,000 orang menghaidir­i Majlis Rumah Terbuka Ahli Jawatankua­sa Umno Keningau Yazid Haji Hasnan Tawik yang diadakan di kediamanny­a di Taman Fajar, di sini, barubaru ini.

Antara yang hadir ialah Ketua Pegawai Pendidikan Daerah Masly Wahip, Ketua Daerah OKK Mohd Amir Arif, Pemimpin Pembanguna­n Masyarakat Liawan Sahanip Jamil, Ketua Pemuda Umno Keningau Nik Nazri Nik Zawawi dan AJK Umno Bahagian Ipoh Barat yang juga Pegawai Seranta Risda Mustafa Bakri Amran.

Turut hadir, Pengerusi KDCA Keningau Robert Tawik, Ketua Pegawai Perhubunga­n Parlimen Pensiangan Rayner Udong, Penolong Pengerusi KDCA Keningau Haji Zulkifli Nasir, Pengerusi Kelab Belia Keningau Rafie Robert, Pengerusi Persatuan Kebudayaan K uja u G ana N abai Sabah (KGNS) Petronella Munting dan Kapitan Peter Ma.

Sementara itu, di Kota Kinabalu, Pengurus Pasukan Piala Presiden Sabah Azman Mastar turut meluangkan waktu berkunjung ke rumah Timbalan Pengerusi TABS Safa Bandaraya Mohd Lokman Sunggim sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri di Kampung Likas, baru-baru ini.

Turut sama dalam kunjungan itu ialah bekas pemain antarabang­sa Datuk Hassan Sani dan Ketua Penerangan Belia Usia Sabah Jaafar Abd Wahid. Selain berkongsi kemeriahan sambutan Hari Raya, kunjungan itu juga dapat mengeratka­n hubungan silatulrah­im.

 ??  ?? YAZID (tengah) bersama kakitangan Mahkamah Anak Negeri diketuai oleh Amir (lima kiri). Turut kelihatan Rayner (tiga kanan) dan Robert (lima kanan).
YAZID (tengah) bersama kakitangan Mahkamah Anak Negeri diketuai oleh Amir (lima kiri). Turut kelihatan Rayner (tiga kanan) dan Robert (lima kanan).
 ??  ?? SANGKAR (tengah) bersama wakil media dan tetamu lain.
SANGKAR (tengah) bersama wakil media dan tetamu lain.
 ??  ?? AHLI Kelab Belia yang hadir di majlis rumah terbuka Yazid.
AHLI Kelab Belia yang hadir di majlis rumah terbuka Yazid.
 ??  ?? AHLI keluarga yang turut menghadiri majlis rumah terbuka Yazid.
AHLI keluarga yang turut menghadiri majlis rumah terbuka Yazid.
 ??  ?? YAZID bergambar kenangan dengan Zulkifli (tiga kanan) dan Mustafa (kiri).
YAZID bergambar kenangan dengan Zulkifli (tiga kanan) dan Mustafa (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia