Utusan Borneo (Sabah)

Besi terpakai ditempa menjadi golok

-

bebola atau ‘ball bearing’ lori menjadi pilihan seorang tukang besi, Md Nor Mat Said, 62, dalam pembuatan pelbagai jenis golok rekaannya.

Beliau yang mengusahak­an perusahaan membuat golok secara tradisiona­l lebih 20 tahun lalu, memilih besi terpakai jenis itu kerana ia amat keras dan dapat menghasilk­an golok yang tajam.

Katanya, galas bebola yang merupakan bahagian mesin tempat bahagian lain berputar atau bergelangs­ar lazimnya ada pada komponen tayar dan struktur enjin lori, diperoleh daripada beberapa bengkel kenderaan yang ada di sekitar jajahan ini.

“Golok yang pelbagai saiz dan bentuk itu lebih tertumpu kegunaanny­a untuk penyembeli­han haiwan seperti kerbau, lembu dan kambing,” katanya kepada Bernama di Kuala Krai baru-baru ini.

Md Nor yang juga dikenali sebagai Pak Teh Tukang Golok berkata, setiap golok rekaannya mempu-nyai fungsi tersen-diri se-perti untuk sembelihan, melapah dan memotong daging.

“Golok untuk sembelihan panjangnya antara 25 dan 33 sentimeter (cm) manakala golok untuk melapah panjang-nya 12cm dan golok untuk me-motong daging sepanjang 20cm, masingmasi­ng mempunyai bentuk yang berlainan,” katanya.

Beliau berkata, dalam masyarakat kampung yang masih mengamalka­n gotong royong, seseorang itu perlu memiliki golok yang tajam khususnya untuk melapah dan memotong daging bagi kenduriken­dara. dan sarung golok pula, Md Nor berkata, beliau menggunaka­n kayu terpilih dan diukir menggunaka­n motif tempatan. Kebiasaann­ya beliau menggunaka­n kayu pokok machang hutan, kedondong dan medang untuk tujuan itu kerana bahan tersebut ringan dan tahan lasak. Golok yang turut dikenali sebagai golok hiasan berikutan ukiran dan reka bentuk yang unik pada hulu dan sarungnya, dijual pada harga antara RM150 dan RM450 sebilah. Selain golok, Md Nor juga menghasilk­an senjata tajam lain mengikut permintaan pengguna seperti parang, pedang, badik, lawi ayam dan lembing.

Selain galas bebola lori, beliau turut menggunaka­n besi terpakai lain seperti papan gergaji, besi pengetam kayu dan kikir besi.

“Bermula daripada proses menempa besi, mereka bentuk, kemasan aksesori besi, membuat hulu dan ukiran pada sarung, kesemuanya dibuat dengan tangan,” katanya.

Beliau memasarkan hasil kraf tangannya itu di sekitar bandar Kuala Krai, selain menerima tempahan daripada pelbagai pihak. — Bernama

 ??  ?? MD Nor menjual golok pelbagai saiz dan bentuk di gerainya yang beroperasi di Manik Urai. — Gambar Bernama Bagi hulu
MD Nor menjual golok pelbagai saiz dan bentuk di gerainya yang beroperasi di Manik Urai. — Gambar Bernama Bagi hulu
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia