Utusan Borneo (Sabah)

Isu buli, remaja hamil luar nikah akan dibincang pada mesyuarat Majlis Sosial

-

PUTRAJAYA: Isu buli dan remaja hamil luar nikah akan dibawa ke mesyuarat Majlis Sosial pada bulan ini dalam usaha kementeria­n berkaitan menangani kedua-dua gejala berkenaan secara bersama, kata Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

“Saya memaklumka­n kepada Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi sebagai Pengerusi Majlis Sosial bahawa isu buli tidak boleh hanya dikendalik­an oleh kementeria­n saya sahaja.

Maka beliau melihat bahawa isu ini sesuai dibawa ke mesyuarat Majlis Sosial akan datang sebagai salah satu agenda yang akan meliputi kementeria­n saya, Kementeria­n Kesihatan, Kementeria­n Pendidikan dan Polis Diraja Malaysia (PDRM),” katanya pada media pada Majlis Rumah Terbuka di kementeria­nnya di sini kelmarin.

Bagi isu remaja hamil luar nikah, Rohani berkata walaupun kementeria­nnya telah menyediaka­n rumah perlindung­an untuk golongan terbabit namun peranan lain juga harus dimainkan oleh kementeria­n yang berkaitan.

Mengenai Mahkamah Jenayah Khas yang mengendali­kan kes melibatkan mangsa seksual kanak-kanak yang bersidang buat pertama kali semalam, Rohani berkata sesi pendengara­n bagi kelimalima kes berjalan dengan baik.

“Apa yang terjadi semalam akan jadi tanda aras dan kita akan lihat sebarang kekurangan dalam pelaksanaa­nnya dan memperbaik­i jika ada,” katanya.

Katanya mahkamah berkenaan yang mendengar kes-kes yang berlaku di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya turut menarik perhatian dari negeri lain.

“Sarawak telah menyuaraka­n minat kerana pada mereka adalah lebih mahal untuk membawa keskes berkenaan ke sini dan kerana perjalanan yang jauh kanak-kanak yang sudah trauma tersebut sudah tentu membuatkan mereka lebih penat,” katanya.

Jadi rancangan kita akan datang adalah untuk turut menubuhkan satu mahkamah yang sama masing-masing di Sabah dan Sarawak dan perkara ini akan diusulkan pada kabinet selepas selesai melihat perjalanan kes-kes yang didakwa semalam,” katanya.

Mengulas mengenai pengasuh yang menjaga sehingga sembilan orang anak asuhan termasuk seorang bayi kepada wartawan Sinar Harian yang meninggal dunia dipercayai akibat tersedak susu, Rohani berkata adalah menjadi tanggungja­wab ibu bapa untuk memastikan tempah asuhan anak mereka telah didaftarka­n di Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Kita telah menetapkan setiap rumah yang mengambil empat hingga sembilan orang anak asuhan harus berdaftar dengan JKM kerana dari situ kita akan memberi mereka Prosedur Operasi Standard (SOP) dan tatacara penjagaan bayi dan kanak-kanak.

Selain itu adalah kewajipan untuk pengasuh untuk bertanya sejarah kesihatan anak yang dijaga mereka daripada ibu bapanya,” katanya.- Bernama

 ??  ?? MENTERI Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim beramah mesra dengan Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar, Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi, Datuk Dr Abu Bakar...
MENTERI Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim beramah mesra dengan Menteri Kesejahter­aan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Noh Omar, Timbalan Menteri Sains, Teknologi & Inovasi, Datuk Dr Abu Bakar...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia