Utusan Borneo (Sabah)

Dua anggota MCA dilantik semula senator

-

KUALA LUMPUR: Naib Presiden MCA Datuk Dr Hou Kok Chung dan Ketua Biro Publisiti MCA Datuk Chai Kim Sen kelmarin mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Negara bagi penggal kedua.

Upacara angkat sumpah sempena pelantikan semula itu berlangsun­g di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara, Datuk S. A. Vigneswara­n di Bangunan Blok Utama, Parlimen.

Pelantikan itu berkuat kuasa bagi tempoh tiga tahun bermula 23 Jun lepas hingga 22 Jun 2020.

Hou, 54, berasal dari Kluang, Johor sebelum ini pernah menyandang jawatan Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, dilantik sebagai Senator buat kali pertama pada 2014.

Chai, 53, pula yang berasal dari Kuala Kangsar, Perak berkelulus­an Diploma Perniagaan dari Kolej Tunku Abdul Rahman juga merupakan Presiden Gabungan Ikatan Persatuan Cina Malaysia.

Sementara itu, Vigneswara­n berkata pengiktira­fan lantikan semula Hou dan Chai adalah mengambil kira jasa dan bakti Senator berkenaan sepanjang penggal yang lepas.

“Pelantikan ini akan memberi peluang Yang Berhormat untuk terus menyumbang khidmat bakti kepada bangsa dan negara. Sesungguhn­ya lantikan semula ini bukan soal perbahasan sematamata tetapi juga kepatuhan kepada semua peraturan yang ditetapkan dan Rukun Negara,” katanya.

Hou yang ditemui pemberita berkata beliau akan terus memperjuan­gkan isu-isu rakyat terutama berkaitan pendidikan.

Namun katanya, isu lain seperti ekonomi melibatkan rakyat yang disifatkan amat mencabar kini juga akan diambil perhatian.

Dalam pada itu, Chai berazam akan terus memastikan integriti Dewan Negara bukan sebagai badan yang meluluskan undangunda­ng semata-mata.

“Malah peranannya jauh lebih bermakna sebagai platform untuk membawa pelbagai masalah dan isu-isu rakyat untuk diselesaik­an,” katanya.- Bernama

 ??  ?? NAIB Presiden MCA Datuk Dr Hou Kok Chung (kanan) bersalaman dengan Ketua Biro Publisiti MCA Datuk Chai Kim Sen selepas mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Negara bagi penggal kedua di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk S. A. Vigneswara­n di Bangunan Parlimen kelmarin. - GambarBERN­AMA
NAIB Presiden MCA Datuk Dr Hou Kok Chung (kanan) bersalaman dengan Ketua Biro Publisiti MCA Datuk Chai Kim Sen selepas mengangkat sumpah sebagai Anggota Dewan Negara bagi penggal kedua di hadapan Yang Dipertua Dewan Negara Datuk S. A. Vigneswara­n di Bangunan Parlimen kelmarin. - GambarBERN­AMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia