Utusan Borneo (Sabah)

Enakmen Lambang, Anugerah dan Gelaran N.Sembilan yang baharu akan dibentang Ogos ini

-

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan akan membentang­kan satu enakmen baharu iaitu Enakmen Lambang, Anugerah dan Gelaran (Mencegah Penggunaan Tidak Wajar) 2017 pada persidanga­n Dewan Undangan Negeri (DUN) Ogos ini yang antara lain bertujuan untuk mencegah penyalahgu­naan darjahdarj­ah kebesaran.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata enakmen baharu itu yang akan menggantik­an Enakmen Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) 1991 (Enakmen No.5 tahun 1991) dan Enakmen Lambang dan Nama (Mencegah Penggunaan Tak Wajar) 1991 (Semakan201­4) (Enakmen 7), turut mengambil model Akta Kesalahan Yang Berhubunga­n Dengan Anugerah 2016 yang diluluskan di Parlimen pada November tahun lalu, sebagai contoh.

“Di peringkat Parlimen dah dibentang, (dan) di peringkat negeri, kita akan bentangkan juga (dan) ‘pencontoh’ dia sama (dengan Akta Kesalahan Yang Berhubunga­n Dengan Anugerah 2016) tapi ada tambahan sikit untuk Negeri Sembilan.

Banyak sangat orang beri gelaran, jadi kita akan ada satu enakmen yang baharu untuk kita pastikan tidak sewenang-wenangnya gelaran dan anugerah boleh diberi... jadi akan ada satu enakmen yang mengawalny­a,” katanya kepada pemberita selepas mempengeru­sikan Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di Wisma Negeri di sini, kelmarin.

Beliau berkata sebarang anugerah dan darjah kebesaran hanya akan diiktiraf sekiranya ia disampaika­n oleh kerajaan negeri dan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan.

“Tidak ada siapa-siapa yang lain boleh beri anugerah,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohamad berkata enakmen baharu ini adalah pengubahsu­aian keseluruha­nnya kepada enakmen lama.

“Dahulu ada enakmen ini, tapi longgar sangat...jadi kita buat enakmen baharu (dan) bukannya pindaan dengan (menambah) dia punya penalti (iaitu) hukuman penjara,” katanya sambil menambah enakmen terdahulu hanya mengenakan denda kepada pesalah.

Tapi kalau dilakukan secara rentas sempadan, jadi kita pakai akta Parlimen. Enakmen yang ada di Negeri Sembilan (hanya) terpakai di Negeri Sembilan sahaja tetapi bila akta Parlimen sudah ada, kita boleh rujuk kepada akta itu kalau ia berlaku di luar Negeri Sembilan oleh orang Negeri Sembilan,” katanya.Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia