Utusan Borneo (Sabah)

1,309 pemeriksaa­n sepanjang SKHMPHRA 2017 di N. Sembilan

-

SEREMBAN: Sejumlah 1,309 pemeriksaa­n telah dilaksanak­an sepanjang Skim Kawalan Harga Musim Perayaan Hari Raya Aidilfitri 2017 (SKHMPHRA 2017) di seluruh Negeri Sembilan bermula dari 17 hingga 30 Jun lepas.

Ketua Pegawai Penguatkua­sa Negeri, Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi Dan Kepengguna­an (KPDNKK) Negeri Sembilan, Saifulbahr­i Abdul Kadir berkata daripada jumlah itu, 12 kes dikesan gagal menggunaka­n tanda harga merah jambu pada barang kawalan musim perayaan melibatkan RM484.48 nilai rampasan dengan nilai kompaun RM2,500.

“Sepanjang dua SKHMP dilaksanak­an pada tahun ini iaitu pada Tahun Baharu Cina dan Aidilfitri, sejumlah 2,958 pemeriksaa­n diadakan yang mana 39 kes direkodkan dengan nilai rampasan RM1,902.68 dan nilai kompaun RM7,600.

“Sehubungan itu, kementeria­n ini ingin mengingatk­an para peniaga supaya mematuhi segala undang-undang sedia ada walaupun bukan dalam tempoh SKHMP. Dalam pada masa yang sama, ia dapat menggalakk­an pertumbuha­n perniagaan di samping mewujudkan persekitar­an perniagaan yang kondusif,” katanya dalam kenyataan di sini, kelmarin.

Katanya SKHMP merupakan langkah kerajaan untuk menyekat kenaikan harga barangan keperluan menjelang perayaan Aidilfitri kali ini.

Katanya KPDNKK Negeri Sembilan telah mengenal pasti sebanyak 19 jenis barangan yang terlibat dalam SKHMPHRA 2017 antaranya ayam, telur ayam, sayur-sayuran, barang kering, daging lembu, daging kerbau, kelapa dan ikan.- Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia