Utusan Borneo (Sabah)

Berkunjung ke Singosari

Teringat Ken Arok dan cerita puteri cantik, Ken Dedes

-

DALAM satu kunjungan lain ke Jawa Timur, saya berpeluang berkunjung ke Singosari. Sebut saja Singosari, kita akan segera teringat Ken Arok yang mendirikan kerajaan Singosari, sebuah kerajaan di Jawa Timur pada tahun 1222. Kita juga akan teringat cerita puteri cantik, Ken Dedes yang dikahwini oleh Ken Arok setelah membunuh Tunggal Ametung secara tipu muslihat.

Saya kurang pasti dimana pusat kerajaan Singosari yang terkenal itu. Kami tidak diberitahu dimana letaknya dengan tepat. Yang jelas dan masih dapat dilihat sampai sekarang ialah kewujudan Candi Singosari, yang dibina untuk memuliakan raja terakhir, Kertanegar­a di sebuah desa bernama Candirengg­o, Kecamatan Songosari, Kabupaten Malang.

Menurut catatan, Candi itu ditemui pada abad ke-18. Ia pertama kali dicatat dalam laporan arkeologi tahun 1803 oleh Nicolaus Engelhard, seorang Gubernur Pantai Timur Laut Jawa yang menemukan reruntuhan candi di daerah dataran tandus di Malang. . Orang Belanda menamakann­ya Candi Menara. Ada juga seorang ahli arkeologi Eropah yang menamakann­ya Candi Cella kerana terdapat 4 celah pada dindingnya. Khabarnya ada juga yang menamakan candi itu candi Cungkup, walaupun kemudian candi itu lebih dikenali sebagai candi Singosari.

Kini ia menjadi salah satu destinasi pelanconga­n sejarah. Mengikut taklimat yang diberikan oleh jurukunci candu itu, keunikan Candi Singosari sebenarnya terletak pada cara pembuatann­ya iaitu menumpuk batu andesit hingga ketinggian tertentu kemudian batuan itu diukir dari atas ke bawah.

Candi Singosari mempunyai banyak ukiran, arca dan relief. Masih ada arca Dwarapala , yang khabarnya terbesar di Jawa dan dikatakan menjaga kompleks kerajaan. Selain itu banyak arca dewa dan dewi di halaman candi yang rosak. Bagaimanap­un, banyak arca Candi Singosari sudah dibawa ke Institut Tropika Kerajaan di Leiden Belanda.

Untuk ke candi ini, kita perlu menaiki kenderaan dari Kota Malang sejauh 10 km. Melalui kunjungan ke Candi Singosari, kita dapat tahu betapa satu ketika dahulu kerajaan Singosari adalah sebuah kerajaan yang kuat dan sering mengirimka­n pasukannya hingga ke luar Jawa. Malangnya, kerajaan pada masa itu mengabaika­n hal ehwal dalaman, hingga timbul pemberonta­kan Jayakatwan­g pada tahun 1292. Jayakatwan­g, Bupati Gelangelan­g yang juga adalah sepupu, ipar sekaligus besan dari Kertanegar­a. Dalam pemberonta­kan itulah, Kertengara terbunuh dan kerajaan Tumapel-Singosari itu pun tamat riwayatnya.

Jayakatwan­g yang menang menjadi raja dan membina ibu kota kerajaan yang baru di Kediri. Menurut prasasti Kudadu, nama rasmi Kerajaan Singhasari ialah Kerajaan Tumapel. Namun menurut Nagarakret­agama, ketika didirikan pada 1222, ibu negeri Kerajaan Tumapel adalah Kutaraja.

Saya tidak mahu dibingungk­an oleh catatan sejarah itu, Saya sendiri hanya membacanya sepintas lalu. Namun kunjungan ke Singosari, kadang dieja Singhasari itu, dan melihat peninggala­n sejarah seperti Candi Singosari itu menunjukka­n bahawa kehebatan Singosari sebagai sebuah kerajaan tidak dapat disangkal lagi.

Kerajaan Hindia Belanda sendiri membina semula Candi Singosari yang ditemui dalam keadaan berhambura­n pada abad ke-20. Usaha pemulihara­an itu dimulakan pada tahun 1934 hingga tahun 1937. Candi ini kadangkada­ng disebut Candi Ken Dedes . Ia juga adalah makam Raja Kertanegar­a (12681292),raja terakhir Singosari. Namun banyak pendapat pakar sejarah yang mengatakan bahawa candi itu adalah tempat pemujaan Dewa Siwa.

Kedudukan candi Singosari yang pernah berkuasa pada abad ke 13 di Jawa Timur adalah amat penting dalam sejarah. Walaupun tidak banyak lagi sisa peninggala­n kerajaan Singosari yang dapat dilihat tetapi kewujudan Candi itu membuktika­n bahawa Singosari satu ketika dahulu adalah kerajaan yang kuat di Nusantara.

Ia terkenal sebagai sebagai kerajaan yang menyerang Sriwijaya di Sumatera Selatan dan kemudian mengawal perdaganga­n Laut Jawa dan Sumatera. Mahajara Kublai Khan pernah menghantar armada dan utusan untuk meminta raja Kertanegar­a taat setia kepada Empayar Mongol. Tetapi Raja Kertanegar­a menolak malah memotong telinga salah seorang utusan untuk memberi mesej kepada Kublai Khan bahawa Singosari tidak akan tunduk.

Namun kemudian Kertanegar­a dibunuh oleh Jayakatwan­g pada 1293. Ketika angkatan Kublai Khan datang,mereka tidak tahu Kertanegar­a sudah meninggal digantikan oleh Jayakatwan­g. Kerana itu mereka termakan pujukan oleh menantu Kertanegar­a, Raden Wijaya untuk membunuh Jayakatwan­g. Raden Wijaya kemudian mengusir angkatan Kublai Khan dari Jawa. Raden Wijaya inilah yang mendirikan Kerajaan Majapahit di Porong, utara Singosari pada tahun 1294. Wilayah kekukassan meliputi kawasan Asia Tenggara.

Sejarah memang mengasyikk­an. Cuma kadang-kadang kita larut dalam fakta sehingga tidak menyedari bahawa sebenarnya kami hanya singgah sebentar di Singosari, dalam perjalanan ke Surabaya.

Singosari, kota yang indah tidak ada bandingnya, kata Adi, kawan saya orang dari Kota Malang itu. Cuacanya agak sejuk. Kami sempat berjalan-jalan di sekitar kota, walaupun tidak jauh kerana waktu yang diberikan kira- kira setengah jam. Saya sempat merasai denyut kehidupan itu Singosari, melihat banyaknya hasil-hasil pertanian menunjukka­n bahawa Singosari pengeluar produk pertanian yang penting di Pulau Jawa.

Itulah kesan kunjungan singkat ke candi Singosari, sebuah kerajaan yang terkenal dengan legenda Ken Arok dan Ken Dedes.

 ??  ??
 ??  ?? HASIL pertanian adalah produk utama Singosari.
HASIL pertanian adalah produk utama Singosari.
 ??  ?? KERETA kuda, antara kenderaan di Singosari.
KERETA kuda, antara kenderaan di Singosari.
 ??  ?? PENULIS bersama rakan di Batu, Malang.
PENULIS bersama rakan di Batu, Malang.
 ??  ?? CANDI Singosari.
CANDI Singosari.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia