Utusan Borneo (Sabah)

Ketua Pengarah Nadma kunjungi Esscom

- Oleh MOHD NAZIB MACPEE

KETUA Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (Nadma) Dato’ Abd Rashid Harun telah mengadakan kunjungan ke Kawasan Keselamata­n Kawasann Khas Pantai Timur Sabah (Esscom).

Ketibaan beliau telah disambut oleh Komander Esscom DCP Dato’ Hazani Ghazali diiringi Ketua Pegawai Eksekutif Esscom Noor Alam Khan A Wahid Khan bersama ketua-ketua staf dan pegawai-pegawai kanan Esscom.

Kunjungan bertujuan memperkuku­hkan jalinan hubungan baik antara pengurusan tertinggi Nadma dan Esscom. Ia juga membincang­kan mengenai kerjasama dan bantuan yang boleh disalurkan oleh kedua-dua agensi berkenaan terutamany­a dalam aspek menguruska­n bencana dan keselamata­n di Zon Selamat Timur Sabah (Esszone).

Termasukla­h insiatif untuk mengadakan latih amal secara bersama yang akan disertai oleh semua pihak termasuk ketua-ketua jabatan dan pemimpin-pemimpin masyarakat di peringkat akar umbi dalam masa terdekat.

Hazani dalam ucapan ringkasnya berkata Esscom akan sentiasa memberikan kerjasama sepenuhnya termasuk menggerakk­an keanggotaa­n dan aset Esscom yang diperlukan oleh Nadma bagi memastikan apa juga aktiviti dan latih amal yang akan dilaksanak­an oleh Nadma di daerah ini akan dapat dilaksanak­an dengan jayanya.

Menurutnya inisiatif Nadma untuk mengadakan latih amal bersama semua jabatan/agensi kerajaan di Esszone khususnya di daerah ini amat perlu bagi menilai tahap kesiapsiag­aan dan tindakan yang bakal diambil oleh setiap agensi kerajaan dalam menghadapi sebarang bencana alam yang akan berlaku pada bila-bila masa.

“Melalui latih amal bersama ini, Nadma akan dapat menyelaras peranan dan tanggungja­wab yang perlu dimainkan oleh semua pihak bagi memastikan jawatankua­sa bencana daerah yang diketuai oleh pegawai daerah akan dapat merangka satu pelan tindakan yang bersifat komprehens­if dan boleh diguna pakai oleh semua pihak yang terlibat dalam menghadapi sebarang bencana alam di daerah ini.

“Kerjasama dan penglibata­n semua pihak termasuk pemimpin masyarakat seperti ketua jabatan, ketua kampung, pengerusi JKKK serta pengerusi persatuan belia dan NGO adalah perlu bagi memastikan semua pihak mengetahui peranan dan tanggungja­wab yang perlu dimainkan dalam menghadapi sesuatu bencana alam termasuk Tsunami dan bencana alam yang lain,” katanya ketika mempengeru­sikan perjumpaan itu, di sini, kelmarin.

Perjumpaan itu turut dihadiri oleh Pegawai Daerah Iman Ali, Ketua Staf Pusat Operasi Esscom Brig Jen Dato’ Md Rahim Mohamad, Ketua Staf Pasukan Khas Mohammad Madun, Ketua Staf Penguatkua­saan Maritim Esscom Laksma (M) Kamaruszam­an Abu Hassan dan Ketua Staf Operasi Udara Esscom Brig Jen Dato’ Abd Razak Ahmad.

 ??  ?? NOOR Alam (tiga kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Abd Rashid semasa kunjungan itu.
NOOR Alam (tiga kanan) menyampaik­an cendera kenangan kepada Abd Rashid semasa kunjungan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia