Utusan Borneo (Sabah)

Butik Bia Hasmirah umum pemenang guna video streaming secara langsung

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

BUTIK Bia Hasmirah meraikan pelanggann­ya dengan mengumumka­n tiga pemenang cabutan bertuah bernilai RM3,000 di premisnya, di sini, kelmarin.

Pemiliknya Hasmira Hasbulah, 30, berkata tiga pemenang itu ialah Amara Mohamad, Badriah Elias dan Romsmiati Sinuke yang menerima sebentuk cincin yang masing-masing bernilai RM1,000.

“Cabutan bertuah ini disertai pelanggan yang membeli-belah di Butik Bia Hasmirah sepanjang bulan Ramadan dan ia satu inisiatif kami bagi menghargai mereka,” katanya.

Beliau mengumumka­n pemenang cabutan bertuah itu menggunaka­n aplikasi video streaming secara langsung di laman rasmi media sosial butik itu yang disaksikan hampir 8,000 orang.

Katanya acara itu memberi kepuasan kepada semua pelanggann­ya kerana dapat menyaksika­n proses cabutan tiket pemenang secara langsung tanpa ada unsur yang meragukan mereka.

“Selepas cabutan dibuat, syarat utama mengesahka­n kemenangan mereka adalah pemenang dapat dihubungi secara langsung kerana sekiranya gagal, kemenangan mereka adalah milik orang lain.

“Alhamdulil­lah, proses cabutan bertuah itu berlangsun­g dengan baik dan inilah bukti kecanggiha­n komunikasi hari ini menggunaka­n internet telah memudahkan pengendali­an acara ini,” katanya.

Hasmira menyeru agar usahawan lain turut memanfaatk­an kemajuan internet khususnya penggunaan media sosial untuk meningkatk­an potensi perniagaan mereka.

“Manfaatkan­lah sepenuhnya kemudahan yang boleh digunakan melalui internet dengan kreatif kerana kerajaan mahu membantu usahawan maju dan berdaya saing di pasaran global,” katanya.

Butik Bia Hasmirah merupakan agen sah penjualan Tudung Bawal Exclusive yang terkenal dengan rekaan tudung yang bermutu menggunaka­n batu permata Swarovski bagi pasaran Pantai Timur Sabah.

Butik berkenaan juga menjual koleksi pakaian muslimah yang berkualiti jenama Bia Hasmirah.

 ??  ?? AMARA
AMARA
 ??  ?? ROMSMIATI
ROMSMIATI
 ??  ?? BADRIAH
BADRIAH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia