Utusan Borneo (Sabah)

Amaran misil buat Korea Utara

Korea Selatan dan AS enggan diperkotak-katikkan rejim Pyongyang

-

SEOUL: Korea Selatan dan Amerika Syarikat (AS) melepaskan peluru berpandu semalam yang mensimulas­i satu serangan tepat ke atas kepimpinan Korea Utara, sebagai tindak balas kepada satu ujian ICBM bersejarah yang digambarka­n oleh Kim Jong-Un sebagai hadiah kepada “anak haram Amerika”.

Pelancaran kelmarin, yang diakui sebagai ICBM oleh Washington, menandakan satu pencapaian dalam usaha selama berdekadde­kad oleh Pyongyang untuk mencapai keupayaan bagi mengancam tanah besar AS dengan serangan nuklear, dan merupakan satu cabaran dasar luar yang ketara bagi Donald Trump.

Di tengah-tengah kecaman antarabang­sa terhadap ujian itu, tentera Korea Selatan dan AS melancarka­n misil balistik jarak dekat mereka sendiri tidak sampai 24 jam kemudian dari semenanjun­g Korea ke Laut Jepun.

Kedua-dua senjata menuju ke sasaran mereka, kata Ketua Turus Angkatan Tentera Korea Selatan, yang mempamerka­n keupayaan untuk melakukan serangan tepat ke atas ibu pejabat musuh pada waktu darurat.

Presiden baharu Korea Selatan, Moon Jae-In, yang menyokong dialog dengan Pyongyang untuk membawanya ke meja rundingan, berkata provokasi serius Korea Utara “menuntut kita untuk bertindak balas dengan lebih daripada sekadar satu kenyataan”.

General Vincent Brooks dari AS, panglima Tentera Gabungan di Korea Selatan, berkata: “Hanya kesabaran sahaja, yang merupakan satu pilihan, memisahkan gencatan senjata dengan peperangan.

“Seperti yang ditunjukka­n oleh serangan hidup misil Pakatan ini, kita dapat mengubah pilihan kita apabila diarah untuk berbuat demikian oleh para pemimpin kebangsaan Pakatan kita.”

Kedua-dua negara menjalin pakatan keselamata­n, dengan 28,500 anggota tentera A S yang ditempatka­n di Korea Selatan untuk melindungi­nya.

Selepas menyelia sendiri ujian berkenaan, pemimpin Korea Utara Kim JongUn berkata, “Anak haram Amerika tidak akan gembira dengan hadiah ini yang dihantar pada hari ulang tahun 4 Julai”, Agensi Berita Pusat Korea (KCNA) melaporkan.

Sambil ketawa terbahakba­hak, kata KCNA, beliau menambah kita harus menghantar hadiah kepada mereka sekali-sekala untuk membantu mengisi kebosanan mereka.

Kim telah memeriksa misil Hwasong-14 dan menyuaraka­n rasa puas hati, dengan menyatakan ia kelihatan sesegak seorang budak yang kelihatan tampan dan dibuat dengan baik.

Pertanyaan masih ada mengenai keupayaan sebenar senjata itu, tetapi KCNA berkata ia adalah sebuah roket pelbagai peringkat dengan kon hidung komposit karbon yang dapat membawa kepala peledak nuklear yang besar dan berat.

Ujian itu telah menunjukka­n ia dapat hidup dalam keadaan sukar apabila ia masuk semula ke dalam atmosfera Bumi, termasuk kepanasan yang mencapai ribuan darjah Centigrade, untuk menepati sasaran, katanya.

Misil itu hanya bergerak sejauh lebih 900 kilometer dan terjatuh di Laut Jepun, tetapi ketinggian yang dicapainya, lebih 2,800 kilometer menurut Pyongyang, menunjukka­n ia dapat bergerak lebih jauh.

Menteri Pertahanan Korea Selatan Han Min-koo meletakkan julatnya sejauh 7,000 hingga 8,000 kilometer, cukup jauh untuk menjangkau Pemerintah Pasifik AS di Hawaii. — AFP

 ??  ?? GAMBAR serahan Tentera AS Korea (USFK) di Seoul, semalam menunjukka­n sistem misil Hyunmu-2 (kiri) dan sistem pelancaran pelbagai roket AS M270 melepaskan misil balistik taktikal ke Laut Timur dari lokasi tidak didedahkan di pantai timur Korea Selatan....
GAMBAR serahan Tentera AS Korea (USFK) di Seoul, semalam menunjukka­n sistem misil Hyunmu-2 (kiri) dan sistem pelancaran pelbagai roket AS M270 melepaskan misil balistik taktikal ke Laut Timur dari lokasi tidak didedahkan di pantai timur Korea Selatan....

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia