Utusan Borneo (Sabah)

Rohingya dibelasah, anggota polis lari

-

YANGON: Seorang anggota polis di Myanmar lari dari tempat kejadian satu serangan perusuh yang berdarah ke atas orang Islam Rohingya yang telah menegangka­n negeri barat Rakhine yang bergolak, kata dua pegawai polis semalam.

Sekumpulan penganut Buddha di Rakhine membaling batu bata ke arah lelaki Rohingya di ibu negeri Sittwe kelmarin, dan membunuh seorang – dikenali sebagai Maung Nu, juga dikenali sebagai Monir Ahmad, 55 tahun – pejabat Kaunselor Negara Aung San Suu Kyi menyebut dalam satu kenyataan.

Dua pegawai polis memberitah­u Reuters, seorang anggota polis rendah yang tidak ada senjata berada bersama lelaki Islam terbabit pada waktu kejadian tetapi tidak dapat melindungi mereka dari perusuh.

“Kami menyoal anggota polis muda itu. Dia kata dia cuba menghalang mereka tetapi gagal dan terus berlari pulang ke balai polis,” kata Kolonel Myo Thu Soe, jurucakap bagi kementeria­n hal-ehwal dalam negeri di ibu negara, Naypyitaw.

Belum ada orang yang ditangkap bagi serangan itu tetapi siasatan masih dijalankan, katanya.

Negeri Rakhine telah menyaksika­n keganasan agama paling serius di negara majoriti Buddha Myanmar sejak tentera mula menamatkan pemerintah­an keras selama berdekad-dekad, dengan ratusan orang Islam Rohingya yang terbunuh dan lebih 140,000 orang hidup dalam pelarian di sana dalam sengketa kaum pada 2012.

Suu Kyi, yang memegang kuasa pada tahun lepas sebagai sebahagian daripada peralihan dari pemerintah­an tentera, telah menekankan kepentinga­n undang-undang dalam usaha menyelesai­kan konflik di antara penganut Buddha dengan masyarakat minoriti Islam.

Keadaan amat tegang sekali di negeri itu sejak operasi ketenteraa­n ke atas serangan pemberonta­k Rohingya pada Oktober lalu, tetapi Sittwe tidak menyaksika­n semula rusuhan kaum pada 2012.

Kelmarin tujuh lelaki Islam pergi ke Sittwe dari sebuah kem di kawasan pinggiran yang menempatka­n orang pelarian pada 2012. Mereka bertikam lidah dengan seorang lelaki etnik Rakhine yang beragama Buddha mengenai pembelian sebuah bot, yang menarik perhatian penduduk yang mula menyerang mereka.

“Orang ramai tidak menyerang anggota polis itu kerana sama bangsa,” kata Leftenan Kolonel Win Naung dari polis daerah Sittwe.

Myanmar tidak mengiktira­f lebih sejuta orang Islam Rohingya di Rakhine sebagai warganegar­a, malah ramai menganggap mereka sebagai pendatang tanpa izin dari Bangladesh.

Myo Thu Soe berkata, anggota polis di tempat kejadian tidak ada senjata dan tiada pengalaman dan tidak dapat melindungi lelaki-lelaki Rohingya terbabit.

Walaupun hakikatnya mereka mempunyai pengiring polis, Myo Thu Soe berkata lelaki Islam itu tidak dibenarkan pergi ke kawasan berkenaan. — Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia