Utusan Borneo (Sabah)

Empat lelaki Syria maut ketika dalam tahanan

-

BEIRUT: Empat lelaki Syria yang ditangkap selepas serbuan berdarah tentera Lubnan ke atas kem pelarian minggu lepas ditemui mati, kata pemerintah tentera kelmarin, dan menyalahka­n keadaan kesihatan yang sudah lama dialami.

Askar Lubnan menyerbu dua kem pelarian Jumaat lepas dekat bandar sempadan Arsal, tetapi disambut serangan nekad dan bom tangan.

Mereka melancarka­n siri tangkapan susulan letupan yang mengorbank­an seorang kanak-kanak perempuan dan mencederak­an tujuh askar.

“Sewaktu pemeriksaa­n perubatan biasa oleh unit perubatan tentera, beberapa orang daripada mereka didapati mengalami masalah kesihatan kronik yang diaktifkan keadaan cuaca,” kata tentera kelmarin.

Menurut tentera, lelakilela­ki terbabit segera dipindahka­n ke hospital, di mana keadaan mereka bertambah buruk lalu mati.

Mereka dikenali sebagai Mustafa Abdelkarim Abseh, Khaled Hussein Al-Malis, Anas Hussein al-Hasiki, dan Othman Morei al-Malis.

Lubnan mempunyai lebih sejuta pelarian dari Syria.

Layanan tentera terhadap tahanan setelah insiden di Arsal telah mencetuska­n kontrovers­i yang hangat di Lubnan, khususnya selepas imej muncul yang dipercayai menunjukka­n pasukan keselamata­n menahan puluhan pelarian.

Lelaki-lelaki itu tidak berbaju dan digambarka­n berbaring di atas tanah dalam barisan, tangan mereka diikat di belakang mereka. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia