Utusan Borneo (Sabah)

Polis Jerman guna meriam air lerai protes G20

-

HAMBURG: Polis rusuhan menggunaka­n meriam air pada malam kelmarin untuk meleraikan beberapa perhimpuna­n penunjuk perasaan menjelang sidang kemuncak G20 di Hamburg.

Polis mula-mula meleraikan penunjuk perasaan yang telah mendirikan khemah di sebuah taman dalam daerah barat Altona, menurut polis dan laporan media.

“Ini bukan rapat umum yang sah tetapi perkhemaha­n yang tidak dibenarkan,” kata seorang jurucakap polis.

Tidak lama kemudian, sejurus sebelum tengah malam, polis menggunaka­n meriam air dan penyembur lada untuk meleraikan rapat umum yang dihadiri beberapa ratusan orang yang mula menutup jalan di pelbagai lokasi, khususnya di kawasan kejiranan Sankt-Pauli.

Seorang individu ditangkap dan seorang individu yang lalu di tempat kejadian, dan tidak terbabit dalam demonstras­i, cedera ringan, menurut satu mesej polis dalam Twitter.

Pada Ahad lepas, polis menggunaka­n penyembur lada ketika mereka merobohkan khemah yang didirikan oleh kira-kira 600 aktivis di tebingan Sungai Elbe.

Penganjur protes antiG20 dan negeri Hamburg sudah berminggu-minggu bertarung dalam mahkamah mengenai sama ada aktivis dapat mendirikan kota khemah atau tidak.

Mahkamah mendapati, sementara kem protes sedemikian pada dasarnya adalah demonstras­i politik yang sah, polis mempunyai hak untuk melarang perkhemaha­n semalaman di atas tanah awam.

Lebih 100,000 penunjuk perasaan anti kapitalis, termasuk beberapa ribu pelampau haluan kiri, dijangka membanjiri kota utara itu menjelang sidang kemuncak yang bermula esok (Jumaat).

Kira-kira 20,000 anggota polis akan dikerahkan untuk melindungi pemimpin yang menghadiri mesyuarat selama dua hari itu. — AFP

 ??  ??
 ??  ?? POLIS menggunaka­n meriam air bagi menyuraika­n protes di Schanzenvi­ertel menjelang sidang kemuncak G20 di Hamburg, kelmarin. — Gambar Reuters
POLIS menggunaka­n meriam air bagi menyuraika­n protes di Schanzenvi­ertel menjelang sidang kemuncak G20 di Hamburg, kelmarin. — Gambar Reuters

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia