Utusan Borneo (Sabah)

Perayaan kemerdekaa­n AS meriah seperti biasa

Pertunjuka­n bunga api, pertanding­an makan dan perkelahan besar-besaran menjadi tradisi sambutan

-

NEWYORK: Rakyat Amerika Syarikat (AS) meraikan percutian Empat Julai kelmarin dengan pembukaan semula sebuah pantai di New Jersey yang ditutup kepada semua orang kecuali gabenor setelah ditutup kerajaan, pertanding­an makan ‘hotdog’ yang memecah rekod dan pertunjuka­n bunga api di seluruh negara.

Lawatan ke pantai, besbol dan bunga api, tradisi Empat Julai, diraikan di seluruh negara, selain piknik keluarga yang cenderung kepada ‘hot dog’ dan burger.

Satu pesta tidak rasmi di sebuah hutan di Oregon menarik lebih 13,000 orang, di mana dua lelaki mati dipercayai atas sebab semula jadi.

AS memperinga­ti Deklarasi Kemerdekaa­n, yang diangkat oleh 13 jajahan Amerika pada 4 Julai, 1776.

Dokumen itu menyebut tentang hak yang tidak dapat dirampas kepada kehidupan, kebebasan dan usaha mengejar kebahagiaa­n.

Di Philadelph­ia, di mana Deklarasi itu diangkat, satu acara simbolik menepik loceng Liberty Bell (Loceng Kebebasan) diadakan di Independen­ce Hall (Dewan Kemerdekaa­n).

Di banyak bandar raya, termasuk Boston, New York, Philadelph­ia dan Washington, orang ramai berkumpul di bawah amaran keselamata­n yang kini sudah menjadi kebiasaan bagi konsert dan pertunjuka­n bunga api.

Pertunjuka­n di New York, yang dilabel sebagai yang terbesar, dijadual dilepaskan di ruang udara East River (Sungai Timur) di mana ia dapat dilihat dari bandarband­ar Manhattan, Queens dan Brooklyn.

New Jersey dan Maine menamatkan sebahagian penutupan oleh kerajaan sempena percutian ini.

Satu persetujua­n di antara Gabenor Chris Christie dan ketua-ketua perundanga­n membolehka­n New Jersey untuk membuka semula taman dan pantai, termasuk Island Beach State Park, di mana akhbar Star-Ledger pada Ahad lepas mengambil gambar Christie dengan keluarga dan rakan-rakan.

Selain itu, pantai lengang disebabkan oleh penutupan yang mencetuska­n beberapa satira internet yang menempatka­n Christie di kerusi pantainya dalam adegan pantai terkenal dari D-Day hingga kepada filem ‘Planet of the Apes’.

Christie yang tidak menyesal, dan berkhidmat pada tahun terakhirny­a sebagai gabenor, memberitah­u pemberita beliau akan menyertai semula keluargany­a di kediaman gabenor di Island Beach State Park apabila bajet ditandatan­gani nanti.

Liga Besbol Utama mempunyai jadual penuh 15 perlawanan di stadium yang penuh sesak di seluruh negara.

Semua jenis pertanding­an, peraduan makan pantas, turut berlangsun­g di seluruh negara, termasuk acara makan ban sosej di Coney Island, Brooklyn, yang disiarkan secara langsung dalam televisyen kebangsaan.

Joey Chestnut memenangi Pertanding­an Makan Hot Dog Terkenal Nathan Ke-10 dengan membaham 72 ban sosej dalam masa 10 minit, satu rekod baharu.

Di Washington, Molly Schuyler mempertaha­nkan kejuaraann­ya dengan memakan 21 burger Z-Burger dalam masa 10 minit, menurut laporan media.

Lebih 13,000 orang berhimpun untuk satu perayaan ‘keamanan dan kasih sayang’ tidak rasmi di Taman Negara Malheur, Oregon, di mana dua mati atas sebab tidak diketahui, kata seorang jurucakap.

Dengan menyatakan ia tiada ketua dan bukan sebuah organisasi, Rainbow Family Gathering meraikan Empat Julai dengan menjaga bumi, tiada keganasan dan menjalani kehidupan yang penyayang dan berbelas kasihan, menurut blogny.

Seorang lelaki berusia 72 tahun maut Isnin lepas dan seorang pemuda berusia 20 tahun rebah lalu mati kelmarin, kata jurucakap hutan Traci Weaver.

Seorang doktor cuba melakukan rawatan kecemasan ke atas pemuda terbabit selama 15 hingga 20 minit tetapi gagal, kata Weaver.

Lima belas tangkapan dibuat, kebanyakan­nya kerana memandu di bawah pengaruh, dadah atau berkelakua­n tidak senonoh, selain 108 pelanggara­n dan 432 amaran. — Reuters

“AS

memperinga­ti Deklarasi Kemerdekaa­n, yang diangkat oleh 13 jajahan Amerika pada 4 Julai, 1776. Dokumen itu menyebut tentang hak yang tidak dapat dirampas kepada kehidupan, kebebasan dan usaha mengejar kebahagiaa­n.

 ??  ??
 ??  ?? PERTUNJUKA­N bunga api anjuran pusat beli-belah Macy’s menerangi langit malam di Manhattan, Kota New York sempena sambutan Empat Julai. — Gambar AFP
PERTUNJUKA­N bunga api anjuran pusat beli-belah Macy’s menerangi langit malam di Manhattan, Kota New York sempena sambutan Empat Julai. — Gambar AFP
 ??  ??
 ??  ?? TRUMP disertai isterinya Melania di atas Balkoni Truman di Rumah Putih, Washington DC kelmarin semasa menghormat­i persembaha­n lagu kebangsaan sebelum berkelah bersama keluarga tentera sempena perayaan Empat Julai. Gambar kanan menunjukka­n suasana...
TRUMP disertai isterinya Melania di atas Balkoni Truman di Rumah Putih, Washington DC kelmarin semasa menghormat­i persembaha­n lagu kebangsaan sebelum berkelah bersama keluarga tentera sempena perayaan Empat Julai. Gambar kanan menunjukka­n suasana...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia