Utusan Borneo (Sabah)

See Hua Marketing lancar Pesta Usahawan Miri 15 hari ini

-

MIRI: See Hua Marketing Sdn Bhd dengan kerjasama kompleks beli-belah Bintang Megamall sekali lagi menganjurk­an Pesta Usahawan Miri edisi ke-15 selama empat hari bermula hari ini (6 Julai).

Dinamakan sebagai MITRAF 15 (Miri Trade Fair 15), sebanyak 75 gerai bakal mengambil bahagian yang mendapat penyertaan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sehingga syarikat-syarikat korporat dengan menawarkan pelbagai produk dan perkhidmat­an merangkumi barangan elektrik dan elektronik, perabot, produk penjagaan diri dan kesihatan, makanan dan minuman,a perhiasan rumah, kraf tangan, komputer dan teknologi maklumat sehinggala­h ke pakej pelanconga­a, kursus pendidikan tinggi dan hartanah.

Sepanjang pesta empat hari ini, pameran makanan mini akan diadakan di luar dan di dalam pusat beli-belah yang menyajikan pelbagai hidangan tempatan termasuk kuih-muih, keropok dan makanan dibungkus.

Sekolah Menengah Riam Road turut serta dengan jualan amal dan sebahagian daripada hasil jualan akan disumbangk­an kepada badan-badan amal.

Para pelawat juga boleh melawat pameran pendidikan dan melihat galeri sekolah Pei Min Middle School.

Sementara itu, para pelanggan akhbar See Hua Daily News, The Borneo Post, thesundayp­ost dan Utusan Borneo berpeluang untuk mendapat hadiah berupa mi segera Mee Daddy, Choco Chips atau beras Haryana di kaunter See Hua Marketing Sdn Bhd sepanjang pesta empat hari ini. Mereka hanya perlu membawa resit langganan tiga bulan (April higga Julai 2017) untuk menebus hadiah-hadiah tersebut.

Pada hari ini, akan berlangsun­g pertunjuka­n karaoke anjuran Pusat Perkhidmat­an Warga Emas Miri bermula pada 10 pagi dan diikuti dengan pertanding­an seni 3D oleh Sekolah Menengah Riam Road pada jam 7 malam.

Esok (7 Julai) pada jam 10 pagi, akan diadakan persembaha­n nyanyian oleh para ahli ‘Zin Ying Choreo & Dancing Group’ sebagai memulakan hari diikuti dengan konsert oleh Kelab Peminat Lagu Tai Lian Miri.

Majlis pembukaan rasmi MITRAF 15 oleh Datuk Bandar Miri, Adam Yii dijadualka­n pada jam 3.30 petang. Aktiviti terakhir hari tersebut ialah persembaha­n nyanyian ‘Robin’s Song’ anjuran Miri New System Entertainm­ent Society pada jam 5.30 petang.

Untuk peminat orkestra, jangan terlepas menyaksika­n persembaha­n orkestra oleh Pei Min Middle School pada hari Sabtu jam 10 pagi. Acara seterusnya ialah demo memasak dengan peralatan dapur Buffalo.

Juara Astro Classic Golden Melody 2017 Marcus Yong akan membuat penampilan beliau di MITRAF 15 untuk mempromosi­kan album terbaharun­ya pada jam 3.30 petang. Pertanding­an nyanyian kanak-kanak oleh kumpulan Xiao Dou Ya dan persembaha­n tarian oleh Unity Dance Troupe dijadualka­n pada jam 4 petang dan 7 petang.

Pada hari Ahad, akan diadakan persembaha­n nyanyian kanak-kanak oleh C&L Singing Training Centre bermula jam 10 pagi dan diikuti dengan pertanding­an kostum ‘Putera dan Puteri Disney’ pada jam 12 tengah hari. Pertanding­an membuat kek Ibu Bapa dan anak-kanak anjuran Sayap Wanita Hua Zong Miri bakal berlangsun­g pada jam 2.30 petang.

Di samping itu, See Hua Marketing Sdn Bhd juga akan mengadakan gerai untuk memenuhi keperluan dan langganan para pelanggan surat khabar.

Penaja utama pameran perdaganga­n empat hari ialah United Fusion Sdn Bhd.

Untuk para pengunjung yang membelanja­kan sekurang-kurangnya RM100 (atau RM300 untuk tempahan kenderaan atau hartanah) semasa berlangsun­gnya pesta usahawan ini, mereka berpeluang menyertai cabutan bertuah dengan pelbagai hadiah menarik yang bakal dimenangi.

MITRAF 15 ini mendapat sokongan Majlis Bandaraya Miri dan dibuka dari jam 10 pagi hingga 10 malam. Masuk adalah percuma.

 ??  ?? PENGURUS Pemasaran Bintang Megamall Alex Chung (duduk, dua kanan) dan pengurus acara Bintang Megamall Allen Wong (duduk, kiri sekali) bersama ahli jawatankua­sa MITRAF 15 bergambar bersama sejurus selepas mesyuarat MITRAF 15.
PENGURUS Pemasaran Bintang Megamall Alex Chung (duduk, dua kanan) dan pengurus acara Bintang Megamall Allen Wong (duduk, kiri sekali) bersama ahli jawatankua­sa MITRAF 15 bergambar bersama sejurus selepas mesyuarat MITRAF 15.
 ??  ?? PENGERUSI bersama MITRAF 15 Jocelin Kuan (tiga kiri) menyampaik­an surat jemputan kepada Adam Yii sambil disaksikan oleh para ahli jawatankua­sa Mitraf 15.
PENGERUSI bersama MITRAF 15 Jocelin Kuan (tiga kiri) menyampaik­an surat jemputan kepada Adam Yii sambil disaksikan oleh para ahli jawatankua­sa Mitraf 15.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia