Utusan Borneo (Sabah)

Battersea Power Station gondol Anugerah Evening Standard Award

-

KUALA LUMPUR: Battersea Power Station telah diikitiraf sebagai hartanah terbaik tahun ini pada Anugerah perniagaan Evening Standard 2017.

Sime Darby Property Bhd dalam satu kenyataan kelmarin, berkata Battersea Power, mengatasi pesaing-pesaing yang kuat daripada Land Securities, Grainger dan Berkeley Group, ia dipuji kerana berjaya membangunk­an stesen janakuasa tersebut selepas lebih 30 tahun terbiar.

Anugerah tersebut disampaika­n semalam, katanya.

Menurut Sime Darby Property, Apple telah disahkan sebagai penyewa dan menjadi residen pertama yang memasuki pembanguna­n fasa pertama Circus West Village.

Ketua Pegawai Eksekutif Battersea Power Station Developmen­t Co, Rob Tincknell, berkata pembinaan semula serombong ikonik Battersea akan selesai menjelang musim panas ini, ia menjadi tanda kepada pembanguna­n semulanya selepas lebih 30 tahun.

“Apple telah menjadi penyewa utama, dan mungkin media yang berprestij serta syarikat-syarikat seni akan mengikuti langkah mereka. Selain kedai-kedai, restoran dan ruang pejabat baharu, ia akan menempatka­n lebih 20,000 buah rumah. Ia juga akan mengandung­i sebuah taman awam seluas enam ekar, dataran pusat bandar serta sambungan utama ke laluan kereta api bawah tanah,” katanya.

Sime Darby Property berkata, anugerah itu diberikan tepat pada masa berikutan ia sedang bersedia untuk melancarka­n fasa pertama Circus West Village dalam tahun ini.-Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia