Utusan Borneo (Sabah)

Program MaGIC bantu syarikat pemula niaga tembusi pasaran Asean

-

CYBERJAYA: Program Pemacu Global (GAP) Pusat Inovasi dan Kreativiti Global Malaysia (MaGIC) akan membantu melengkapk­an 56 syarikat pemula niaga tempatan, serantau dan global dengan aspek kemahiran, pengetahua­n serta rangkaian hubungan bagi menembusi pasaran ASEAN.

Pengerusin­ya, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah berkata program selama empat bulan itu juga akan memperkuku­hkan kedudukan Malaysia sebagai pintu masuk rantau ini untuk manfaat usahawan yang berminat mengembang­kan perniagaan serta jangkauan di pasaran Asean berkenaan.

Mengulas kejayaan GAP sejak dilancarka­n pada tiga tahun lepas, Mohd Irwan yang juga Ketua Setiausaha Perbendaha­raan berkata, sebanyak 223 syarikat pemula niaga dilatih dalam tiga kohort yang mana lebih 70 peratus daripadany­a berjaya di pasaran Asia Tenggara.

“Saya berharap inovasi serta hasil oleh syarikat pemula niaga ini dapat meletakkan Malaysia sebagai antara 10 negara terkemuka dalam Indeks Inovasi. Kita masih jauh ketinggala­n biarpun Malaysia tersenarai antara 10 ekonomi utama Asia.

“Pada masa ini, kita berada di kedudukan kelapan di Asia serta ke-37 dalam Indeks Inovasi Global 2017.

“Kita juga mahu lebih banyak makmal tempatan menjalin kerjasama dengan syarikat asing untuk menghasilk­an pelbagai produk perintis,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melancarka­n GAP bagi tahun ini, di sini, kelmarin.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif MaGIC, Ashran Ghazi berkata 56 syarikat pemula niaga akan menerima manfaat daripada pihak Microsoft, Amazon, Web Services, IBM,123RF danHubSpot yang masing-masingnya bernilai lebih AS$400,000. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia