Utusan Borneo (Sabah)

Permohonan cadangan Projek Bandar Malaysia dikeluarka­n semalam

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n-Kewangan(MoF) setakat ini telah menerima sambutan positif terhadap permohonan cadangan (RFP) bagi Projek Bandaran Malaysia yang dikeluarka­n secara rasmi semalam.

RFP itu ditawarkan kepada pihak yangbermin­at untuk membida sebagai pemaju induk projek berkenaan, kata Ketua Setiausaha Perbendaha­raan Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.

Bercakap kepada pemberita di luar Persidanga­n Serantau RHB Banking Group ‘One Belt, One Road, One Asia’ di sini, beliau yang juga Pengerusi TRX City Sdn Bhd dan Bandar Malaysia Sdn Bhd berkata kriteria dan syarat baharu yang akan ditetapkan bagi penyertaan dalam RFP itu menumpukan aspek seperti pengalaman syarikat serta berada dalam senarai Fortune 500.

Ditanya sama ada pemaju induk itu diwajibkan berstatus sebuah syarikat antarabang­sa, beliau berkata RFP itu dibuka kepada semua syarikat yang menepati kriteria ditetapkan.

Bandar Malaysia yang terletak di Sungai Besi, meliputi kawasan seluas 196.7 hektar dan lima kali lebih besar daripada saiz Kuala Lumpur City Centre beserta tamannya.

Sementara itu, Mohd Irwan yang turut menyampaik­an ucap tama di persidanga­n itu menyifatka­n inisiatif Satu Jajaran dan Laluan China itu akan memberi manfaat menang-menang kepada kedua-dua buah negara.

“Kita perlu merebut peluang itu kerana memerlukan dana selain ditawarkan pada kadar lebih rendah dengan tempoh pembayaran semula yang lebih panjang.

“Kita juga akan mendapat faedah dari segi projek infrastruk­tur yang boleh memacu pertumbuha­n,” katanya. — Bernama

 ??  ?? MOHD Irwan bercakap kepada pemberita di luar Persidanga­n Serantau RHB Banking Group ‘One Belt, One Road, One Asia’ di Kuala Lumpur semalam. — Gambar Bernama
MOHD Irwan bercakap kepada pemberita di luar Persidanga­n Serantau RHB Banking Group ‘One Belt, One Road, One Asia’ di Kuala Lumpur semalam. — Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia