Utusan Borneo (Sabah)

PKS digesa tingkat jualan menerusi NIS

‘Now! In Season’ merupakan kempen global produk buahan dan sayuran Australia

-

KUALA LUMPUR: Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) Malaysia, terutama sektor peruncitan, digesa merebut peluang untuk mewujudkan saluran jualan baharu, memperoleh pasaran baharu dan memperluas asas pelanggan bagi produk Australia menerusi kempen ‘Now! In Season’ (NIS).

NIS, satu kempen global oleh Kerajaan Australia, Kerajaan Negeri Victoria dan Horticultu­re Innovation Australia, menyasarka­n untuk mempromosi pelbagai buahbuahan dan sayur-sayuran segar Australia pada tahap kualiti terbaik serta ketersedia­annya.

Pesuruhjay­a kerajaan Victoria, Australia ke Asia Tenggara, Brett Stevens, berkata Malaysia mengimport A$5.3 juta (RM71.3 juta) atau 871 tan buah-buahan dari Australia pada 2015.

Antara 2011 dan 2015, nilai dan kuantiti buah-buahan Australia yang diimport masing-masing meningkat kirakira 30 peratus setahun.

“Ini jelas menunjukka­n permintaan tinggi ke atas hasil produk berkualiti tinggi Australia dalam pasaran yang sangat kompetitif. Kami menjangkak­an pertumbuha­n akan terus meningkat hasil daripada kempen ini,” katanya kepada Bernama dalam temu bual menerusi e-mel baru-baru ini.

Stevens berkata sepanjang tahun, kempen Now! In Season, akan mendidik pengguna tentang komoditi, manfaat kesihatan dan pemakanan buah-buahan bermusim Australia selain kaedah memilih dan menyimpan komoditi bermusim ini.

Kempen ini melibatkan empat musim - buah musim panas dan ceri (Disember-Mac), anggur (April-Jun), sitrus (Julai-September) dan sayursayur­an (sepanjang tahun).

Beliau berkata rakyat Malaysia boleh menikmati produkl premium dan berkualiti premium, serta selamat dari Australia tahun ini menerusi kempen baharu yang bermula di kedai runcit terkemuka.

Pada tahun pertama kempen di Malaysia, kami melabur sumber-sumber untuk mewujudkan kesedaran sebenar dalam kalangan peruncit yang mengambil bahagian, termasuk AEON, Isetan KL, Jaya Grocer dan Village Grocer.

“Kami akan memperluas senarai ini dan jangkauan kami memandangk­an program ini semakin memperoleh sambutan dari segi penawaran (sumber/penanam) dan permintaan (runcit),” kata Stevens.

Beliau berkata PKS Malaysia juga dapat memanfaatk­an kempen NIS dengan menyelaras­kan kempen pendidikan dan promosi yang dijalankan dalam negara.

“Pengguna Malaysia merupakan pembeli moden, dengan keinginan untuk mengetahui lebih lanjut tentang makanan mereka. Orang ramai ingin mengetahui dari mana dan bagaimana ia ditanam.

“Pengguna semakin peka dengan tahap kesihatan mereka dan mahukan produk berkhasiat, berkualiti dan selamat untuk dihidangka­n kepada keluarga mereka, dan Australia mampu menawarkan produk terbabit,” katanya. — Bernama

“Malaysia

mengimport A$5.3 juta (RM71.3 juta) atau 871 tan buah-buahan dari Australia pada 2015. Antara 2011 dan 2015, nilai dan kuantiti buah-buahan Australia yang diimport masing-masing meningkat kira-kira 30 peratus setahun. BRETT STEVENS Pesuruhjay­a kerajaan Victoria, Australia ke Asia Tenggara

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia