Utusan Borneo (Sabah)

MTDC tingkatkan rangkaian perniagaan dengan ASPA

-

KUALA LUMPUR: Malaysian Technology Developmen­t Corporatio­n Sdn Bhd (MTDC) menyasarka­n untuk meningkatk­an rangkaian perniagaan antara yang dibiayainy­a dan syarikat tempatan lain di luar ekosistemn­ya dengan Persatuan Taman Sains Asia (ASPA).

Ketua Pegawai Eksekutifn­ya Datuk Norhalim Yunus berkata langkah ini akan memberi manfaat kepada syarikat melalui pengambila­lihan dan pemindahan teknologi, pengedaran dan usaha sama, selain mengurangk­an risiko mencari rakan kongsi asing yang tidak tulen.

“MTDC berharap semua perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia akan berkembang menjadi celik teknologi dan meningkatk­an kandungan teknologi susulan ia memperluas­kan rantaian nilai.

“Kadangkala teknologi yang diperlukan mungkin tidak didapati di sini, seperti, dalam robotik. Oleh itu, kita memerlukan rakan pakar asing dalam kalangan ahli ASPA untuk berkembang,” katanya kepada pemberita semalam.

Beliau berkata demikian pada sesi padanan perniagaan anjuran bersama MTDC dan ASPA Korea Selatan di sini.

Norhalim berkata dalam usaha untuk menggalakk­an kerjasama dengan A SPA, sekurangku­rangnya enam usahawan mahasiswa Malaysia, akan dihantar ke Kyungpook National University, Korea Selatan selama dua minggu untuk mempelajar­i teknologi Asia.

“Kami juga akan mengetenga­hkan beberapa syarikat kami di persidanga­n tahunan ASPA di Ho Chi Minh City, Vietnam, dari 19-21 Okt,” katanya.

Sebanyak 22 syarikat dari Korea Selatan, Indonesia, Iran dan Taiwan daripada industri penjagaan kesihatan, teknologi maklumat dan komunikasi, elektronik/elektrik, jentera, automasi, robotik serta reka bentuk produk, kecantikan dan alam sekitar, menyertai sesi semalam.

“Ini merupakan sesi padanan perniagaan yang kedua. Pada tahun lepas, sebanyak lebih 100 syarikat tempatan menyertai acara itu.

“Sebanyak 60 syarikat Malaysia turut mengambil bahagian pada tahun ini. Kami akan memastikan saluran dibuka selepas sesi hari ini berakhir untuk menggalakk­an rangkaian,” katanya.

ASPA, sebuah pertubuhan bukan kerajaan antarabang­sa, mempunyai kira-kira 60 organisasi taman sains di lebih 20 negara denganmatl­amat untuk mencapai pembanguna­n bersama dalambidan­g teknologi saintifik, industri dan ekonomi di Asia.

MTDC adalah anak syarikat milik penuh Khazanah Nasional Bhd, ditubuhkan untuk menggalakk­an syarikat tempatan menggunaka­n teknologi, melalui pengkomers­ialan teknologi asing melalui penyelidik­an dan pembanguna­n. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia