Utusan Borneo (Sabah)

Kerajaan digesa timbang semula larangan eksport kayu getah

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menimbang semula larangan mengekspor­t kayu getah kerana ia akan memberi kesan buruk kepada pekebun kecil yang bergantung hidup dengan bahan tersebut.

Presiden Persatuan Kebangsaan Pekebun-Pekebun Kecil Malaysia (PKPKM), Datuk Aliasak Ambia berkata, isu kekurangan bahan mentah itu perlu dibincangk­an secara terperinci selain mengambil kira kesannya kepada setiap sektor industri.

“Bukan sahaja sektor hiliran yang menerima kesannya, malah keseluruha­n industri, terutama pekebun kecil getah yang menyumbang lebih 95 peratus daripada pengeluara­n getah negara.

“Pekebun kecil getah sudah cukup terbeban dengan harga getah yang semakin jatuh, sehingga RM1.50 sekilogram untuk getah beku. Larangan ini akan meningkatk­an beban, terutama kepada mereka yang mempunyai pokok tua dan mahu menjual pokok tersebut,” katanya dalam kenyataan media di sini, kelmarin.

Aliasak berkata, PKPKM turut percaya dengan dakwaan pengusaha mengenai kekurangan kayu getah untuk kegunaan industri pembuatan perabot, namun menafikan kekurangan tersebut disebabkan aktiviti pengekspor­tan kayu getah.

Beliau berkata, kekurangan tersebut disebabkan beberapa faktor lain seperti kurang aktivti tanam semula pokok getah dan faktor tanah yang tidak subur selain penanaman getah yang tidak meluas di daerah Muar.

Menurutnya, sehingga 2008, pekebun kecil getah menikmati harga kayu getah yang tinggi, tetapi jatuh secara drastik selepas cukai eksport dilaksanak­an.

“Pekebun kecil menikmati jualan harga kayu getah sehingga RM20,000 sehektar sebelum 2008, namun selepas cukai eksport dilaksanak­an harganya jatuh sehingga RM2,000 ke RM3,000 sehektar, berbeza dengan negara Thailand yang masih menikmati harga kayu getah yang tinggi sehingga kini.

“Larangan ini akan menambah lagi beban mereka terutama untuk aktviti penanaman semula,” kata Aliasak. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia