Utusan Borneo (Sabah)

Firma audit digesa kukuhkan pembinaan kapasiti dan kawalan kualiti

-

KUALA LUMPUR: Firma audit digesa untuk mengukuhka­n pembinaan kapasiti dan meningkatk­an kawalan kualiti mereka bagi menunjukka­n kepentinga­n nilai audit dan kaitannya dalam memastikan tadbir urus korporat syarikat yang baik.

Lembaga Pemantauan Audit Suruhanjay­a Sekuriti Malaysia (SC) dalam Laporan Tahunan 2016 menekankan bahawa menggalakk­an kebolehper­cayaan terhadap penyata kewangan teraudit, amalan audit berkualiti dan menangani pemerhatia­n dalam pemeriksaa­n firma audit di Malaysia, kekal menjadi tumpuan utama bagi pengawal selia tersebut.

“AOB komited untuk mengekalka­n fokus dan momentum positifnya terhadap hal-hal utama dan pemangkin pasaran Piawaian Pelaporan Juruaudit Baharu (Piawaian) sebagai satu cara untuk mendorong lebih banyak ketelusan dalam laporan juruaudit serta pelaporan kewangan,” kata Pengerusi Eksekutif AOB, Datuk Gumuri Hussain dalam satu kenyataan kelmarin.

Piawaian tersebut memerlukan juruaudit untuk mendedahka­n perkara-perkara audit yang penting dalam laporan mereka, membawa kepada yang laporan yang lebih bermakluma­t dan disesuaika­n khusus untuk situasi pelanggan, bukannya pendekatan pelaporan sekarang yang terdiri daripada pencontoh atau laporan amalan standard.

Bagaimanap­un, kekurangan tertentu dalam kerja-kerja juruaudit berhubung dengan pengiktira­fan pendapatan, inventori, audit kumpulan dan transaksi pihak berkaitan, kekal menjadi kebimbanga­n.

AOB akan bekerjasam­a dengan firma audit untuk memahami punca yang menyebabka­n kekurangan tersebut dan memantau usaha-usaha pemulihan yang diambil, kata Gumuri.

Sejak 2015, AOB telah mengumpul data yang merangkumi campuran hasil, sumber manusia, latihan, peruntukan portfolio pelanggan dan aktiviti pemantauan dalaman daripada 10 firma audit terbaik bagi menanda aras prestasi mereka. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia