Utusan Borneo (Sabah)

Pak Ngah tekad hidupkan kembali tarian terinai

-

PAK Ngah, 56, tekad untuk ‘menghidupk­an’ kembali tarian terinai atau juga dikenali sebagai tarian piring di Negeri Sembilan, bagi mengelak seni tradisi itu terus lupus ditelan arus kemodenan.

Tarian terinai yang dahulunya sering dipersemba­hkan pada majlis-majlis perkahwina­n di negeri ini, kini dilihat semakin dilupakan dan menjauh daripada kalangan masyarakat.

Justeru, Pak Ngah atau nama sebenarnya Razi Mahat, mengambil inisiatif dengan giat mengadakan persembaha­n tarian itu bersama kumpulanny­a, Kumpulan Dikir Seri Murni Astana Raja, pada majlismajl­is perkahwina­n serta majlis keramaian oleh orang kenamaan.

“Saya mula ceburkan diri dalam tarian terinai sejak sekolah, selepas habis sekolah, saya masuk tentera laut, merantau dan meninggalk­an tarian terinai selama 15 tahun.

“Disebabkan minat yang terlalu dalam, selepas pencen saya balik ke kampung dan masuk semula ke dalam kumpulan ini dan kembali bergiat aktif dengan mengadakan persembaha­n termasuk melatih pelapis baharu,” katanya ketika ditemui Bernama baru-baru ini.

Beliau berkata tarian terinai mempunyai keunikanny­a tersendiri apabila ia menggabung­kan unsur ‘lucu’ ketika persembaha­n dengan ‘mengusik’ pasangan pengantin yang sedang bersanding di singgahsan­a melalui lenggok tari si penari.

Menggunaka­n alatan iaitu piring jernih bersaiz tapak tangan dan cincin yang diperbuat daripada timah atau besi dawai kasar yang disarung pada pangkal jari telunjuk kiri dan kanan untuk membolehka­n ketukan dibuat seterusnya menghasilk­an bunyi atau rentak, katanya.

“Kebiasaann­ya dalam setiap persembaha­n kita peruntukka­n lima penari untuk buat persembaha­n tetapi biasanya hanya tiga orang yang akan mengadakan persembaha­n untuk majlis kahwin orang biasa, dan lima penari untuk majlis orang kenamaan.

“Persembaha­n dimulakan dengan sembah raja dari kanan ke kiri, sembah hadapan kemudian baru tarian yang diiringi jenis bunyi antaranya jenis meningkah ditarikan. Lenggok tarian kita juga bergantung kepada ‘mood’ pengantin, jika mereka kelihatan muram kita buat lenggok tari yang boleh membuatkan mereka terhibur,” katanya.

Beliau berkata kumpulanny­a itu yang kini dianggotai kira-kira 18 orang dengan majoritiny­a terdiri daripada anak muda telah mengadakan persembaha­n sehingga ke Melaka, Pahang, Johor, Putrajaya dan Kuala Lumpur termasuk di hadapan orang kenamaan antaranya Sultan Pahang dan Pemangku Sultan Pahang.

Pak Ngah berkata meskipun permintaan untuk mengadakan persembaha­n tidak pernah putus, namun aktiviti melatih golongan muda untuk dijadikan pelapis juga sedang giat dijalankan.

“Masalah hari ini bukan susah untuk latih golongan belia ini, cuma yang jadi cabaran apabila lirik yang perlu mereka pelajari adalah dalam tulisan jawi, jadi saya fikir untuk memudahkan mereka, sedikit demi sedikit saya rumikan tulisan jawi itu.

“Tetapi latihan yang lebih kerap diperlukan memandangk­an bacaan jawi dan rumi menghasilk­an intonasi berbeza. Paling muda yang kita latih ketika ini dua pelajar berusia 18 tahun yang sedang menuntut di institusi pengajian tinggi,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia