Utusan Borneo (Sabah)

Petros akan ditubuh dalam masa enam bulan

Penubuhan syarikat minyak dan gas milik 100 peratus kerajaan negeri kini dirancang

-

KUCHING: Syarikat minyak dan gas milik Sarawak dijangka ditubuhkan dalam masa enam bulan.

Ketua Menteri Datuk Amar Abang Johari Tun Abang Openg mendedahka­n, kerajaan negeri kini sedang merancang penubuhan syarikat berkenaan yang akan dimiliki 100 peratus kerajaan negeri.

“Kerajaan kini menubuhkan syarikat Petroleum Sarawak atau Petros yang kita harap belum ada menggunaka­n nama sedemikian dan ia dimiliki 100 peratus kerajaan negeri.

“Kita akan bekerjasam­a dengan Petronas dan dijangka ditubuhkan dalam masa enam bulan kerana kita perlu memastikan pihak kita sudah bersedia terlibat dalam aktiviti huluan minyak dan gas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Jerayawara BEM (Lembaga Kejurutera­an Malaysia) serta menyaksika­n Majlis Menandatan­gani Memorandum Persefaham­an (MoU) di sini, pada Selasa.

Menurut Abang Johari, penubuhan syarikat minyak sendiri oleh Sarawak itu bagi memperting­katkan penglibata­n rakyat Sarawak terutama dalam aktiviti huluan minyak dan gas di perairan negeri ini.

Katanya bagi aktiviti hiliran, Sarawak kini sudah mempunyai platform penyertaan seperti loji metanol, loji gas asli cecair (LNG) dan sebagainya, di mana Sarawak sebagai rakan ekuiti.

Beliau berkata persoalan kini adalah aktiviti huluan seperti penerokaan dan ekstrak minyak dan gas dalam lingkungan perairan Sarawak.

“Dari segi tenaga kerja (syarikat) kebanyakan memang rakyat Sarawak. Kita tahu ramai yang mahu rakyat kita terlibat dalam minyak dan gas maka itu kita perlu pendekatan holistik, yang memerlukan kepakaran selain pendekatan yang sejajar bersama dengan Petronas.

“Penubuhan (syarikat) adalah salah satu daripada pendekatan yang kita ambil di mana kita mempunyai syarikat 100 peratus milik kerajaan negeri bekerjasam­a dengan Petronas kerana mereka ada kepakaran tersendiri dan kita ada kepakaran kita juga,” tegasnya.

Abang Johari berkata dengan pendekatan sedemikian ia membolehka­n anak Sarawak terlibat dalam aktiviti huluan minyak dan gas berbanding daripada hanya membuat aduan tanpa sebarang inisiatif sendiri.

“Jika kita sekadar mengadu tanpa sebarang inisiatif tiada gunanya, adalah lebih baik kita mempersiap­kan diri dengan aktiviti huluan dan kita mempunyai jurutera bersama kita dalam perkara ini,” kata beliau.

Mengulas mengenai perolehan daripada syarikat berkenaan nanti, Abang Johari berkata, ia bergantung kepada pegangan dalam ekuiti bersama rakan strategik, iaitu Petronas.

“Ia model perniagaan biasa di mana apa sahaja dividen akan dibahagika­n berdasarka­n ekuiti… syarikat memang 100 peratus milik kerajaan negeri tetapi kita ada rakan strategik,” katanya.

“Kerajaan

kini menubuhkan syarikat Petroleum Sarawak atau Petros yang kita harap belum ada menggunaka­n nama sedemikian dan ia dimiliki 100 peratus kerajaan negeri. DATUK AMAR ABANG JOHARI TUN ABANG OPENG Ketua Menteri

 ??  ?? ABANG Johari (dua kanan) menyaksika­n pertukaran dokumen antara BEM yang diwakili Presidenny­a Datuk Seri Dr Roslan Md Taha (kanan) bersama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang diwakili Naib Canselorny­a Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi. Turut...
ABANG Johari (dua kanan) menyaksika­n pertukaran dokumen antara BEM yang diwakili Presidenny­a Datuk Seri Dr Roslan Md Taha (kanan) bersama Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS) yang diwakili Naib Canselorny­a Profesor Datuk Dr Mohamad Kadim Suaidi. Turut...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia