Utusan Borneo (Sabah)

Penelitian MA63 di London bukan ajak orang barat mencampuri urusan negara

-

KUCHING: Pemergian rombongan peguam dari Sarawak ke London pada 16 Julai ini bertujuan meneliti dan mengkaji rujukan berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan jangan disalah mengertika­n oleh pihak pembangkan­g sebagai mengajak orang barat mencampuri hal negara.

Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri (Undang-Undang, Hubungan Negeri-Persekutua­n dan Pemantauan Projek) Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali berkata pihak terbabit tidak seharusnya mempolitik­kan atau memutarbel­itkan perkara berkenaan.

“Dokumen Perjanjian Malaya itu dan yang lainnya semua berada di London. Sebelum apa-apa kita perlu melihatnya dahulu jika ada. Bukan kita mempunyain­ya di sini dan kita perlu untuk melihatnya sendiri jika ada.

“Ini tidak bermakna kita menggalakk­an campur tangan orang luar, tolong jangan politikkan perkara ini, ia cuma satu pasukan untuk menjalanka­n kajian terhadap perkataan dalam dokumen berkenaan itu sahaja,” katanya ketika menjawab pertanyaan pemberita untuk memberi ulasan mengenainy­a pada Selasa.

Tambah beliau, dokumen berkenaan sudah diklasifik­asikan sebagai rujukan bukan rahsia dan boleh dilihat oleh orang awam dalam simpanan arkib di London.

Bahkan, sepasukan peguam yang dihantar merupakan rakyat jati dari negeri Sarawak dan dijangkaka­n akan berada di London untuk menjalanka­n kajian terhadap dokumen MA63 tersebut selama seminggu.

Kata Hasidah lagi, dokumen asal tidak dapat dibawa balik ke sini kerana terletak dalam simpanan arkib kerajaan di London dan segala hak dokumentas­i juga terletak di bawah Kerajaan British.

Sebelum ini, Timbalan Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Salahuddin Ayub telah mengeluark­an kenyataan pedas mempersoal­kan tindakan Sarawak yang dikhuatiri mahu mengetahui tentang hak-hak sebenar negeri itu boleh membawa kepada campur tangan asing dalam negara ini.

Beliau turut mempersoal­kan sama ada Kerajaan Negeri Sarawak akan terus menyokong Barisan Nasional (BN) di Semenanjun­g Malaysia selain mendakwa BN Sarawak pada Pilihan Raya Negeri yang lalu memainkan sentimen anti-Semenanjun­g.

“Saya lihat ada kecelaruan hubungan antara Kuching (kerajaan negeri) dan Kuala Lumpur (kerajaan persekutua­n). Ia tak baik untuk semangat serta bagi mengukuhka­n negara yang kita cintai,” katanya menambah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia