Utusan Borneo (Sabah)

Mangsa rabies meninggal

Monica Mazlan dan adiknya Jackson Mazlan disahkan meninggal dunia di HUS.

-

KUCHING: Selepas dimasukkan ke Hospital Umum Sarawak (HUS) dalam keadaan kritikal sejak pertengaha­n Jun lepas, dua beradik yang dijangkiti virus rabies atau penyakit anjing gila meninggal dunia petang Selasa.

Mayat Monica Mazlan, 6, dan adiknya Jackson Mazlan, 4, dibawa ke Kampung Paon, Sungai Rimu, Bakong, Serian dekat sini beberapa jam selepas menghembus­kan nafas terakhir.

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Datuk Dr Sim Kui Hian menerusi kenyataan media berkata seorang mangsa meninggal dunia pada jam 1.43 petang manakala seorang lagi pada jam 1.46 petang.

“Mereka didiagnosi­s sebagai mati otak dan ibu bapa mereka bersetuju agar sokongan mesin bantuan hayat dihentikan,” katanya.

Seorang lagi mangsa berumur tujuh tahun masih dalam keadaan kritikal.

Mayat dua mangsa dibawa pada petang semalam ke kampung mereka untuk urusan pengebumia­n.

Suasana pilu di rumah mayat HUS apabila mayat dua beradik yang dijangkiti virus rabies atau anjing gila dihantar untuk pemeriksaa­n selepas disahkan meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi (ICU) pada Selasa.

Mayat Jackson dihantar ke rumah mayat kira-kira jam 3.30 petang dan kakaknya Monica tiba pada jam 4.15 petang sebelum mayat mereka dihantar menggunaka­n dua kenderaan berasingan ke rumah mereka untuk dikebumika­n.

Ahli keluarga, termasuk ibu bapa mereka diberi peluang untuk melawat buat kali terakhir sebelum mesin bantuan hayat dihentikan selepas otak dua beradik malang terbabit disahkan mati oleh pegawai perubatan.

Sementara itu, seorang daripada bapa saudara kanak-kanak terbabit yang sempat ditemui pemberita menyuaraka­n ketidakpua­san hatinya terhadap tindakan pihak tertentu yang menyebarka­n berita palsu mengenai kematian anak saudaranya itu sejak petang Isnin lepas.

Disebabkan itu, mereka sekeluarga cuba untuk mengelak daripada memberi kenyataan kepada pihak media.

“Tindakan mereka ‘memviral’ (tular) berita palsu mengenai kematian anak saudara saya adalah sangat tidak bertanggun­gjawab kerana ia seakan satu doa dan kami sekeluarga memang tidak dapat menerima perkara ini,” katanya.

Sehingga jam 3 petang semalam, kelihatan Wad Paediatrik ICU HUS masih lagi dipenuhi saudara-mara yang ingin melihat sendiri keadaan kanak-kanak terbabit sebelum dihantar ke rumah mayat HUS.

Bagaimanap­un, hanya dua ahli keluarga selain ibu bapa dibenarkan memasuki wad berkenaan dalam satu masa.

Kelihatan juga beberapa ahli keluarga yang menangis kerana tidak dapat menahan kesedihan mereka.

Sebelum ini, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahka­n bahawa tiga kanak-kanak tersebut dijangkiti virus pembawa maut itu pada 30 Jun selepas dimasukkan ke HUS.

Kes pertama - Jackson mengalami demam sejak 5 Jun dan mendapat rawatan sebagai pesakit luar di Klinik Kesihatan Balai Ringin pada hari sama.

Keadaannya semakin tenat dan mengalami kesukaran bernafas dengan perubahan tingkah laku, bersikap agresif dan hidrofobia (takutkan air).

Pada 8 Jun, mangsa dimasukkan ke wad di Hospital Serian dan selanjutny­a pada 9 Jun dirujuk ke HUS bagi rawatan lanjut.

Keadaan mangsa tenat dan menerima rawatan di Unit Rawatan Rapi HUS.

Kanak-kanak itu mempunyai sejarah gigitan anjing kira-kira dua hingga tiga bulan sebelum menunjukka­n gejala.

Kes kedua adalah kanakkanak perempuan, berumur enam tahun dari Kampung Paon, Sungai Rimu, Serian. Mangsa merupakan kakak kandung kepada mangsa pertama.

Dia mulai mengalami demam pada 12 Jun dan pada 14 Jun, mangsa dibawa ke Klinik Kesihatan Balai Ringin kerana demam melarat, perubahan tingkah laku serta agresif.

Kanak-kanak itu dibawa ke Hospital Serian pada 15 Jun dan pada 16 Jun, dia dirujuk ke HUS.

Pada masa itu, keadaan mangsa kian tenat dan sedang dirawat di ICU HUS.

Kes ketiga membabitka­n kanak-kanak perempuan, berumur tujuh tahun dari Kampung Lebur, Gedong.

Dia mula mengalami demam pada 23 Jun dan keesokan harinya mendapatka­n rawatan pesakit luar di Hospital Serian.

Kesihatan mangsa semakin merosot dengan perubahan tingkah laku dan bersikap agresif serta hidrofobia.

Pada 28 Jun dia diserang sawan dan dibawa ke HUS.

“Menerusi kenyataan media berkata seorang mangsa meninggal dunia pada jam 1.43 petang manakala seorang lagi pada jam 1.46 petang. Mereka didiagnosi­s sebagai mati otak dan ibu bapa mereka bersetuju agar sokongan mesin bantuan hayat dihentikan.” DATUK DR SIM KUI HIAN Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan

 ??  ?? MAYAT kanak-kanak terbabit diusung keluar dari rumah mayat HUS untuk dihantar bagi upacara pengebumia­n.
MAYAT kanak-kanak terbabit diusung keluar dari rumah mayat HUS untuk dihantar bagi upacara pengebumia­n.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia