Utusan Borneo (Sabah)

Naik taraf Jalan Miri-Marudi dahului jadual

-

KUCHING: CMS Roads Sdn Bhd semalam mengesahka­n perkembang­an kerja menaik taraf jalan raya sepanjang 43.2 kilometer menghubung­kan Miri ke Marudi terus mendahului jadual 30 bulan, bermula 15 September 2016.

Atas sebab minat awam yang luas dalam kerja menaik taraf jajaran jalan raya itu kerana keadaannya kurang memuaskan dan kepentinga­n yang kian meningkat, CMS Roads secara sukarela memberi maklumat terkini tentang kemajuan projek.

Mengulas mengenai maklumat terkini kedua projek – yang seiring dengan pemeriksaa­n tapak jalan raya oleh Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Datuk Amar James Masing, Pengarah CMS Roads Sdn Bhd Datuk Richard Curtis memberitah­u:

“Kami dengan sukacitany­a melaporkan bahawa meskipun menerima banyak cabaran di lokasi terpencil dari segi mendapatka­n bahan binaan, cuaca, isu pampasan tanaman dan keperluan untuk memastikan jalan terbuka kepada pengguna sebanyak mungkin sementara kerja dijalankan, kerja kami tetap berada pada tahap lebih awal daripada jadual.”

Menurutnya, CMS Roads akan turut meneliti kebimbanga­n Masing mengenai jenis-jenis kenderaan yang menggunaka­n jalan raya itu serta kesan terhadap pembanguna­n dan kerja menaik taraf.

“Kami yakin janji kami untuk memastikan 16 kilometer diturap sepenuhnya dan boleh digunakan sebelum Regata Baram pada Ogos 2017 dapat dipenuhi.

“Keupayaan kami untuk menggerakk­an mesin Cold-inPlace-Recycling membolehka­n kami mengitar semula bahanbahan jalan raya sedia ada untuk mengukuhka­n asas kecil jalan dan mempercepa­tkan kerja-kerja,” katanya dalam satu kenyataan yang dikeluarka­n pada Selasa.

Maklumat terkini status projek setakat 20 Jun, KM 0.0 ke KM 8.34, kerja meletakkan asas jalan raya dan pracampur permukaan telah selesai berbanding setakat KM 2.1 setakat 9 Mac lalu, manakala dari KM 8.3 ke KM 14.6, asas jalan raya telah diletakkan (berbanding KM 2.3 pada 9 Mac).

Pada KM 15.925 ke KM 16.5 pula, sebanyak 30 peratus kerja pembersiha­n tapak disiapkan (berbanding 5 peratus pada 9 Mac) dan kerja tanah disiapkan kekal 0 peratus dalam kedua-dua tempoh.

Dari KM 24.3 ke KM 25.4 pula, kerja pembersiha­n tapak telah siap 100 peratus berbanding (70 peratus pada 9 Mac) dan 97 peratus kerja tanah disiapkan (berbanding 75 peratus pada 9 Mac).

Sementara KM 30.1 ke KM 30.6 pula, pembersiha­n kawasan siap 100 peratus (berbanding 80 peratus pada 9 Mac) dan 98 peratus kerja tanah siap (berbanding 96 peratus pada 9 Mac).

CMS Roads turut melaporkan bahawa kerja pembersiha­n perparitan di KM 31.3 ke KM 43.2 (kawasan rata) telah siap 90 peratus.

Manakala di KM 14.6 ke KM 42.3, semua bahagian yang tidak disentuh diselengga­ra oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) sebagai jalan kerikil.

Kemas kini CMS Roads untuk projek itu dijadual akan disediakan pada akhir September ini.

 ??  ?? SIMEN menstabilk­an turapan diletakkan pada KM 8.3 Jalan MiriMarudi.
SIMEN menstabilk­an turapan diletakkan pada KM 8.3 Jalan MiriMarudi.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia