Utusan Borneo (Sabah)

Beri anjing suntikan anti-rabies

-

KUCHING: Pemilik anjing di kawasan dijangkiti wabak rabies atau anjing gila dimohon memberi kerjasama agar memastikan haiwan peliharaan mereka diberi suntikan vaksin anti-rabies.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Amar Douglas Uggah Embas berkata arahan telah dikeluarka­n agar semua anjing isi rumah di kawasan tersebut serta dalam pengawasan 10 kilometer radius mesti disuntik dengan vaksin.

“Kami akan menghantar pasukan vaksinasi hari ini (Selasa) untuk menjalanka­n tindakan vaksinasi bermula dalam zon yang dijangkiti dan kemudian di kawasan zon pengawasan,” katanya.

Uggah yang juga pengerusi Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak berkata demikian pada sidang media selepas mempengeru­sikan mesyuarat di pejabatnya di Wisma Bapa Malaysia, pada Selasa.

Turut hadir, Menteri Kebajikan, Kesejahter­aan Komuniti, Wanita, Keluarga dan Pembanguna­n KanakKanak Datuk Fatimah Abdullah dan Pengarah JKN Sarawak Dr Jamilah Hashim.

Bagi memastikan operasi pemvaksina­n berjalan lancar, beliau berharap pemilik anjing peliharaan dapat bekerjasam­a agar dapat memberi vaksin kepada haiwan itu secepat mungkin.

Katanya, ia bagi mempercepa­tkan proses membasmi wabak penyakit ini dalam masa yang singkat.

Menurutnya, JPBN Sarawak kini berkerjasa­ma rapat dengan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) Sarawak serta agensi berkaitan bagi mengawal sekali gus membasmi penyakit berkenaan di negeri ini.

Uggah berkata setakat ini sebanyak lima kampung di daerah Serian diisytihar­kan sebagai kawasan dijangkiti wabak rabies.

Antaranya ialah Kampung Kerait, Kampung Paon Rimu, Kampung Paun Rimu Bakong, Kampung Remun dan Kampung Lebor, Gedong.

Uggah berkata kerajaan mengisytih­arkan kawasan dijangkiti itu mengikut Seksyen 37 Ordinan Kesihatan Awam Veterinar 1999.

Pada 30 Jun lalu, tiga kanak-kanak disahkan dijangkiti wabak rabies oleh Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak.

Kesemua pesakit itu berusia empat hingga tujuh tahun dan dua daripadany­a adalah adik beradik dari Kampung Paon Rimu, Serian.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia