Utusan Borneo (Sabah)

Raja Perlis terima kunjungan mengadap kepimpinan tertinggi USM

-

ARAU: Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l berkenan menerima kunjungan mengadap hormat oleh kepimpinan tertinggi Universiti Sains Malaysia (USM) Pulau Pinang di Balai Menghadap Biru Istana Arau di sini, petang Selasa.

Delegasi USM yang diketuai Naib Canselorny­a Datuk Prof Dr Asma Ismail itu turut disertai semua empat Timbalan Naib Canselor, pendaftar, bendahari dan pengarah kampus USM Kubang Kerian, Kelantan.

Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l serta Raja Puan Muda Perlis Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil berangkat sama pada majlis tersebut.

Tuanku Syed Sirajuddin selaku Tuanku Canselor USM dipersemba­h maklum oleh Prof Dr Asma mengenai perkembang­an semasa, inisiatif yang diambil bagi menghadapi cabaran semasa serta kejayaan yang dicapai USM dalam tempoh suku pertama dan kedua tahun ini.

Baginda turut diterangka­n mengenai prospek prestasi USM sebagai satu-satunya universiti Program Pemacuan Untuk Kecemerlan­gan (APEX) di Malaysia serta peranan yang boleh disumbangk­an untuk membantu memajukan Perlis terutama pembanguna­n Kawasan Industri Lembah Chuping (CVIA).

Tuanku Syed Sira jud di n juga berkenan menandatan­gani watikah pelantikan semula Pro Canselor untuk tempoh dua tahun lagi iaitu Tan Sri Razali Ismail (16 Julai 201715 Julai 2019) dan Tan Sri Dr M. Jegathesan (1 Okt 2017-30 Sept 2019).

Prof Dr Asma turut mempersemb­ahkan sebatang pokok tin (ficus carica) kepada Tuanku Syed Sirajuddin sebagai tanda kenangan.

USM kini melaksanak­an projek tisu kultur pokok tin menghasilk­an anak pokok berkualiti menggunaka­n pelbagai baka bagi tujuan komersial di Malaysia. Bernama

 ?? GambarBern­ama ?? RAJA Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullia­l (tiga, kiri) selaku Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) mendengar penerangan daripada Naib Canselor USM Prof Datuk Dr Asma Ismail (tiga, kanan) mengenai pokok tin (Ficus carica) yang...
GambarBern­ama RAJA Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullia­l (tiga, kiri) selaku Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) mendengar penerangan daripada Naib Canselor USM Prof Datuk Dr Asma Ismail (tiga, kanan) mengenai pokok tin (Ficus carica) yang...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia